info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 23 Mac 2010

SOALAN HBAE2103 SENI

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah
1. Apakah yang dimaksudkan tentang corak?

2. Nyatakan EMPAT jenis cetakan yang biasa digunakan dalam kegiatan menghasikan corak.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan resis dalam proses penghasilan batik lukis/canting?

4. Nyatakan EMPAT jenis ikatan yang biasa digunakan dalam teknik corak ikatan dan celupan (pelangi).

5. Terangkan maksud teknik gosokan dan teknik garisan silang yang boleh diapliksikan dalam penghasilan membuat corak terancang.

6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan atau mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan?
( 2 )
7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman?

8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat air.

9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah?

10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan?



BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1.
(a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak terancang.
Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang?

(b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

(c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan.


2.
(a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
kepada murid-murid.
Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut.

(b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu cetakan
timbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan.

(c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cetakan
stensil kaedah filem lekar.


3.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan batik?

(b) Jelaskan sejarah perkembangan batik di Malaysia.

(c) Nyatakan LIMA bahan untuk menghasilkan teknik resis dalam batik lukis/canting.

(d) Jelaskan proses menghasilkan corak ikatan dan celupan.


4.
(a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua dengan menggunakan warna dari alam sekeliling.
Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-warna?

(b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan.

(c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman.


BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1.
(a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China pada zaman dahulu?
(b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.

(c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan oleh murid–murid di peringkat sekolah rendah.

(d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak.

Read more...

SOALAN HBHE 2203 PK

BAHAGIAN A
1. Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada didalam keadaan baik. Berikan EMPAT komponen utama amalan tersebut.


2. Penyimpanan makanan adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi mengelak ianya tercemar. Berikan panduan bagaimana makanan kering dan basah perlu disimpan.

3. Senaraikan LAPAN elemen keluarga sihat.

4. Jelaskan kitaran haid.

5. Berikan EMPAT penjagaan asas yang perlu dilakukan oleh ibu yang berada dalam tempoh kehamilan.

6. Jelaskan maksud proses identiti kendiri dan penerokaan yang berlaku kepada remaja semasa berlakunya perubahan sosial mereka.

7. Berikan definisi delekuen juvanil.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan?

9. Jelaskan secara ringkas fungsi Enakmen Keluarga Islam.

10. Jelaskan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam sebuah rumah tangga.

BAHAGIAN B

1. (a) Berikan contoh jenis keluarga yang terdapat di Malaysia.

(b) Jelaskan ciri-ciri DUA jenis keluarga yang telah dikenalpasti.

(c) Bincangkan kebaikan dan kekurangan bagi DUA jenis keluarga.

2. (a) Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu amalan yang perlu dipraktikkan dengan baik bagi menjamin kesejahteraan keluarga. Berdasarkan kenyataan di atas, kenalpasti elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga.


(b) Jelaskan objektif pendidikan kesihatan keluarga.

(c) Bincangkan bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum dapat dilaksanakan.


3. (a) Berikan TIGA peringkat dalam proses kehamilan

(b) Jelaskan ketiga-TIGA peringkat kehamilan tersebut.

(c) Proses kehamilan juga turut melibatkan perubahan fizikal si ibu. Bincangkan perubahan ini.

4. (a) Senaraikan aspek penting dalam pengurusan kesihatan diri.

(b) Jelaskan dengan terperinci TIGA aspek penting dalam aspek pengurusan kendiri.

(c) Berdasarkan pemahaman anda bincangkan bagaimana kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan dapat diterapkan.


5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keruntuhan rumah tangga.

(b) Senaraikan TIGA faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga.

(c) Bincangkan TIGA faktor penyumbang kepada keruntuhan keluarga. Berikan contoh untuk setiap faktor.

Read more...

Contoh Soalan HBML2203 - BM

SOALAN HBML2203

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah
1. Namakan DUA gaya pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
( 2 )
2. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada dua jenis, iaitu Kritis dan Kreatif. Berikan DUA contoh Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.
( 2 )
3. Membaca merupakan satu proses yang kompleks. Kemahiran ini melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Nyatakan jenis kemahiran membaca yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat.
( 2 )
4. Berikan DUA peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan.
( 2 )
5. Senaraikan DUA jenis pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
( 2 )
6. Berdasarkan teori konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Berikan DUA konsep asas konstruktivisme.
( 2 )
7. Sekolah bestari ialah institusi yang direka semula daripada segi amalan pedagogi, pengajaran dan pembelajaran. Berikan DUA komponen teras pedagogi bestari.
( 2 )
8. Strategi mediatif ialah proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, andaian, inferens dan hipotesis. Nyatakan DUA pendekatan yang boleh guru gunakan melalui strategi ini.
( 2 )
9. Pembelajaran terarah kendiri ialah pembelajaran yang mendidik murid menjadi pelajar yang berdikari. Matlamat utamanya adalah untuk membantu murid meningkatkan proses pembelajaran terarah kendiri. Nyatakan DUA cara bagaimana matlamat ini boleh dicapai.
( 2 )
10. Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi generatif, kontekstual dan mediatif. Berikan DUA contoh aktiviti P & P menggunakan strategi generatif.
( 2 )

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN
1.
(a) Berikan EMPAT teori pembelajaran yang dipelopori oleh tokoh-tokoh penting.

(b) Pilih TIGA teori di atas dan huraikan dengan ringkas setiap teori tersebut.
( 8 )
( 12 )
(Jumlah: 20)
2.
(a) Pembelajaran Masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai dan menguasai hasil pembelajaran melalui kualiti pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan bagaimana strategi pembelajaran masteri dilaksanakan di sekolah rendah.

(b) Huraikan peranan guru dalam pembelajaran masteri.
( 8 )
( 12 )
(Jumlah: 20)
3.
(a) Senaraikan LAPAN kecerdasan pelbagai yang anda pelajari.

(b) Berikan EMPAT contoh aktiviti bagaimana anda mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid sekolah rendah.
( 12 )
( 8 )
(Jumlah: 20)

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN
1. Mengumpul maklumat merupakan suatu kemahiran dalam kemahiran belajar. Huraikan bagaimana guru melaksanakan aktiviti untuk membantu murid mengumpul maklumat melalui cara-cara yang berikut:
(a) merujuk
(b) membaca dengan menggunakan teknik KWLH
(c) menyoal
(d) mencatat, iaitu melakar dalam bentuk grafik

(Jumlah: 20)

2. Berdasarkan butiran di atas, bina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap yang mengintegrasikan Kemahiran Generik dan Kecerdasan Pelbagai.

Read more...

Jumaat, 19 Mac 2010

Perubahan Tarikh Tutorial 5 (Penting)

Thursday, March 18, 2010
Posted By : EDZRI BIN ZAINUDDIN @ YUSOFF
Attachment :

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa tarikh Tutorial 5 IP Teknik telah ditunda kepada 27 Mac 2010 (Sabtu).

Ini disebabkan terdapat program yang dijalankan oleh pihak IPG pada tarikh sebelumnya.

Sebarang kesulitan yang tuan/puan hadapi amatlah dikesali.

Sekian untuk makluman, terima kasih.


Read more...

Rabu, 3 Mac 2010

STRATEGI GENERATIF DALAM PEMBELAJARAN BESTARI

2.1 – Ciri-ciri strategi Generatif

2.1.1 – Pelajar biasanya digalakkan menjana idea masing-masing secara kritis dan kreatif melalui aktiviti sumbang saran, pemetaan minda serta pemikiran literal.
2.1.2 – Pelajar atau murid mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan serta penyelesaian secara unik.
2.1.3 – Menggunakan pendekatan konstruktivisme.
2.1.4 – Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara.
2.1.5 – Guru menentukan masalah atau tugasan.
2.1.6 – Murid diberi pilihan penyelesaian.
2.1.7 – Guru membantu menjalankan tugasan.
2.1.8 – Guru dan murid bersama-sama menentukan matlamat Pembelajaran.
2.2 – Langkah-langkah Pengajaran Strategi Generatif.
2.2.1 – Penerangan / Pra penerangan
Setiap pelajar atau pun murid mempunyai pengalaman dan tahap pemikiran yang berbeza-beza, justeru itu peringkat kemasukan dalam bidang pembelajarannya perlu disediakan dan diselaraskan dengan teratur dan teliti. Oleh itu, sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran, pra penerangan tentang tajuk atau aktiviti yang akan dijalankan perlu dijelaskan dengan teliti. Penjelasan atau pra penerangan ini boleh dibuat secara lisan mahupun dalam bentuk edaran kertas yang berpandu.
2.2.2 – Proses pembelajaran
Berdasarkan ciri-ciri Strategi Generatif maka proses pembelajaran lebih menggunakan pendekatan konstruktivisme iaitu proses pembelajaran dengan menjana idea baru berasaskan pengalaman sedia ada. Selain itu, pembelajaran menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran pelajar perlu diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta melahirkan individu yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

2.2.3 – Pasca pembelajaran
Guru yang bertindak sebagai fasilitator haruslah berperanan agar pelajar atau murid berupaya mengimbas semula ulangan berkaitan pengetahuan sedia ada. Mereka juga seboleh-bolehnya dapat mengintegrasikan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama.
Selain itu, pelajar atau murid dapat membuat penyusunan iaitu menghubungkaitkan pengetahuan lama dengan baru dengan cara yang bermakna misalnya menganalisis isi penting, mengkategori-
kan serta menggunakan peta konsep. Mereka juga diharapkan dapat mengembangkan lagi pengetahuan baru melalui kaedah percambahan fikiran, melukis gambar rajah serta menyediakan
slaid.

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP