info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 8 April 2010

Contoh soalan dan jawapan HBML2203 ke 2



BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah
1. Nyatakan EMPAT ciri Sekolah Bestari yang terdapat di Malaysia.
i. semua murid mampu dan dapat belajar
ii. kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan
iii. iklim pembelajaran yang kondusif
iv. penilaian berterusan

2. Tafsirkan EMPAT strategi bagaimana objektif Sekolah Bestari di Malaysia dapat dicapai.
! Memberi peluang belajar kepada semua murid.
! Mengajarkan bahasa dan nilai-nilai murni merentasi kurikulum.
! Memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir (High Order Thinking Skill HOTS).
! Mengintegrasikan ICT dalam P & P.
! Meningkatkan komunikasi menerusi ICT.
! Menjalin hubungan yang baik dengan pihak luar dan komuniti setempat.

3. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan EMPAT elemen kemahiran generik yang perlu dikuasai dalam pengendalian pembelajaran bestari.
Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar,
Kemahiran Mentaksir dan Menilai, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Kemahiran Fasilitator.

4. Huraikan EMPAT tujuan penilaian di dalam bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru semasa atau selepas sesuatu sesi pengajaran.
i Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti
P & P untuk membuat tafsiran dan tindakan sewajarnya.
ii Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran untuk merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan.
iii Mengesan pencapaian objektif P & P untuk merancang aktiviti P & P
pada masa akan datang.
iv Mengesan keberkesanan pengajaran guru untuk merancang strategi
yang lebih berkesan.

5. Dengan memberikan DUA contoh, terangkan DUA kaedah yang sesuai untuk strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual Sekolah Bestari.
menghubungkait, mengalami, mengaplikasikan, bekerjasama serta memindahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami



BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah

2. - Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
- Pengetahuan yang diterima oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
- Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya.
- Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
- Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

Bersifat bersepadu dan berterusan.
Berasaskan pencapaian murid
Bersifat menyeluruh atau holistik
Merujuk kriteria
Berpandukan Taksonomi Bloom

3. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, bincangkan LIMA ciri pembelajaran jenis koperatif dalam Sekolah Bestari.
1. Ganjaran Kumpulan
Murid diberi ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu.
2. Akauntabiliti/Tanggungjawab Individu
Semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan.
3. Peluang yang sama untuk berjaya
Pencapaian murid diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing.
4. Matlamat Kumpulan
Murid mesti menetapkan satu matlamat dan bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan.
5. Peranan Ahli
Merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan

(b) Jelaskan EMPAT perbezaan antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran Koperatif
- Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan
- Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan
- Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan serta memantau aktiviti pasukana mencapai objektif
- Hasil secara kumpulan

Pembelajaran Kolaboratif
- Berasaskan idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan
atau komunikasi fizikal atau virtual
- Tiada kontrak pergantungan dalam kolaborasi bersama
- Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur
- Hasil secara individu



4.
(a) Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Masteri dalam Sekolah Bestari.
Pembelajaran Masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai atau menguasai hasil pembelajaran melalui kualiti P & P. Dengan kata lain dipercayai bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.


(b) Jelaskan LIMA strategi pembelajaran masteri dalam Sekolah Bestari.
i Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid
ii Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
iii Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran
iv Aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran ditetapkan pada aras 80%
v Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.


(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan DUA peranan guru dalam pembelajaran masteri di Sekolah Bestari.
i. Guru sebagai Tenaga Pengajar
Guru harus menyedari bahawa semua muridnya mampu belajar dan
memberi peluang yang mencukupi kepada murid untuk menguasai
hasil pembelajaran.
ii. Guru sebagai Pengurus Pembelajaran
Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya dan membekalkan murid dengan bahan P & P yang sesuai.


5. Bincangkan LIMA integrasi kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pengaplikasian kemahiran generik di Sekolah Bestari.
Berikan DUA contoh yang sesuai bagi setiap integrasi.


BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

2 Kecekapan Emosi meliputi dua bahagian utama, iaitu kecekapan personal dan kecekapan sosial.

(a) Bincangkan LIMA aspek pengurusan kawalan kendiri yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar dalam Sekolah Bestari.
i Kawalan diri iaitu menguruskan emosi yang tidak stabil tertekan dengan desakan.
ii Kebolehpercayaan iaitu mengekalkan piawai kejujuran dan ketulusan serta keikhlasan hati.
iii Kesungguhan iaitu menunaikan tanggungjawab dalam mencapai prestasi diri.
iv Penyesuaian diri iaitu keanjalan dalam menangani perubahan dan cabaran.
v Inovasi iaitu kebolehan menjana idea-idea bernas dan maklumat terkini serta kreatif.


(b) Bincangkan LIMA aspek kemahiran sosial yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar dalam Sekolah Bestari.
i Komunikasi iaitu kebolehan mendengar dengan terbuka serta menghantar mesej yang meyakinkan.
ii Pengurusan konflik iaitu kebolehan berunding dan menyelesaikan pergaduhan serta mengelakkan persengketaan
iii Kepimpinan iaitu kebolehan memberi inspirasi atau semangat dan panduan kepada individu dan kumpulan
iv Pemangkin perubahan iaitu kebolehan memulakan dan menguruskan perubahan
v Membina ikatan atau silaturrahim iaitu kebolehan membina hubungan yang baik, sejahtera dan harmoni.



0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP