info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 28 Mei 2009

Assignment HBML 1203 : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

HBML1203: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER: MEI 2009
TUGASAN KURSUS (35%)

SOALAN TUGASAN
Pengujian dan penilaian adalah satu program dan proses penting dalam sistem pendidikan untuk
mengesan sejauh mana sesuatu pembelajaran telah berlaku.
Kedua-dua pihak guru dan murid memerlukan program ini untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang berkesan. Pihak guru seharusnya mempunyai kebolehan dan kepakaran membina
ujian yang bermutu dan menggunakannya dengan cara berkesan.
Ujian yang bermutu harus mempunyai dua ciri yang amat penting iaitu kebolehpercayaan dan kesahan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, perihalkan kedua-dua konsep dan ciri kebolehpercayaan dan kesahan ini dalam membina sesuatu ujian yang berkualiti. Hujah-hujah anda harus disokong dengan contoh-contoh dan huraian yang relevan dan sesuai.
(15 markah)

2. Bina 20 item objektif aneka pilihan pelbagai aras kognitif, yang mencakupi sepuluh bab dalam modul HBML1203.
(20 markah)
[Jumlah: 35 markah]


Read more...

Rabu, 27 Mei 2009

Soalan Assignment HBAE1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

HBAE1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
SEMESTER: MEI 2009
TUGASAN KURSUS (35%)


SOALAN TUGASAN
Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita.

Untuk tugasan ini, anda perlu mencari sebuah bilik atau studio seni yang terdapat di mana-mana sekolah berdekatan dan membuat tugasan berdasarkan soalan-soalan berikut:

1. Kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni tersebut. Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut
1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan
1.3 Zon-zon kerja tertentu
1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan
1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
(10 markah)

2. Dapatkan maklumat keberkesanan pengurusan bilik atau studio seni dengan menemuduga (sediakan format soalan: bincang dengan tutor)
2.1 Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual
2.2 Guru Pendidikan Seni Visual
2.3 Murid-murid
(10 markah)

3. Lukisan pelan dan ladangan
3.1 Lukiskan pelan bilik seni yang asal berserta dengan label
3.2 Cadangkan penambahbaikan pengurusan bilik seni berdasarkan panduan asas keperluan bilik seni
(15 markah)

Catatan: Tugasan anda perlu disertakan dengan gambar-gambar yang berkaitan dan tandatangan pengesahan dari pihak sekolah / guru seni / ketua panitia seni.
[Jumlah:35MARKAH]

Read more...

Selasa, 26 Mei 2009

Soalan Assignment HBHE1203: PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

HBHE1203: PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SEMESTER: MEI 2009
TUGASAN KURSUS (35%)

SOALAN TUGASAN
Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah dan merupakan mata
pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah . Ia melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi antara guru dan pelajar.

Di peringkat sekolah rendah, pengajaran Pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan berdasarkan strategi yang mempunyai hala tuju ke arah pencapaian matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Adalah satu yang membanggakan sekiranya pelajar menghayati segala pengajaran dan menunjukkan tingkah laku yang berteraskan nilai murni dan kemahiran berfikir dalam kehidupan harian mereka. Ini menjadi petunjuk kepada keberkesanan pendidikan kesihatan di sekolah.

Selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, anda diminta oleh Guru Besar untuk menyediakan satu panduan pengajaran Pendidikan Kesihatan yang boleh digunakan oleh guru – guru di sekolah anda.

Panduan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a) Pendahuluan
(3 markah)
(b) Pembelajaran Secara Kontekstual
(10 markah)
(c) Kemahiran Berfikir
(20 markah)
(i) Kemahiran Berfikir Kritis
(ii) Kemahiran Berfikir Kreatif

(d) Penutup
(2 markah)
[Jumlah: 35 markah]

Read more...

Isnin, 25 Mei 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009


Isnin 25 MEI 2009 hingga Jumaat 29Mei 2009

Bermulalah hari ini anak-anakku menjalani peperiksaan.
Moga perolehi kejayaan


PESAN CIKGU



Read more...

Ahad, 24 Mei 2009

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK



TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Untuk keterangan lebih lanjut
bolehlah download di Nota Padat di paparan Blog ini...


Read more...

Sabtu, 23 Mei 2009

MP3 Al-Quran 30 Juzuk



Buat sahabat sekelian...

yang ada masa free ingin mempelajari bacaan Al-Quran ayat demi ayat.
Sila lawati / klik web yang ada dipaparan sebelah kanan blog ini.
Boleh translate dalam Bahasa Melayu .
Kita perlu ada ketenangan jiwa.

Read more...

Jumaat, 22 Mei 2009

Amalan Islam Yang Dilupakan



Part 2

" orang kafir yang bijak-bijak sedang mendekati islam, sedangkan orang islam yang bodoh-bodoh sedang meninggalkan islam "

orang non islam punyalah mahu mecari keburukan dan kekurangan islam, hingga tiap ayat dalam quran dorang kaji dan teliti(hingga dorang sedar kenapa ayat surah iqra' pertama-tama sekali diturunkan) sedangkan yang sudah sedia islam sekadar megakui dengan lidah, "aku islam" tapi tak pernah menghayatinya, macam ramai yang dah minum arak tapi tak mau makan daging khinzir- sedangkan dua-dua itu haram hukumnya

Dakwah tak dijalankan bersungguh dan beramai2 oleh SEMUA orang yang paham. Ada yang hanya meletakkan peranan dakwah pada bahu sesetenganh golongan, padahal ada fadhu ain dan fardhu kifayah dalam agama.. Berapa jam sgt aku spend time untuk mengembangkan dan menyampaikan agama?

ada orang cakap, dakwah itu hanya fardhu kifayah..bagi aku, pengertian fardhu kifayah bagi mereka yang betul2 menghayati Islam sebagai pegangan dan cara hidup adalah "orang lain tak payah buat, saya kena buat" bukan nya "fardhu kifayah tu orang lain dah buat, saya tak perlu la susah2.."



Read more...

Khamis, 21 Mei 2009

Tarikh Terbaru TUTORIAL Sem MEI 2009



Kepada member-member W15- PPU IP Teknik sekelian


TUTORIAL TARIKH HARI

Tutorial 1 - 30 Mei 2009 Sabtu

Tutorial 2 - 20 Jun 2009 Sabtu


Tutorial 3 - 4 Julai 2009 Sabtu


Tutorial 4 - 18 Julai 2009 Sabtu


Tutorial 5 - 26 julai 2009 Ahad

Read more...

Rabu, 20 Mei 2009

Sekitar Sambutan Hari Guru Sekolahku 18 Mei 2009




ni sebahagian gambar sekitar sambutan hari guru sekolah aku...

cuba teka aku dalam gambar ni yang mana satu?



ni lah boss aku, bab nyanyi dan karaoke nombor 1, layan.....


dewan penuh sesak ngan murid sekolahku, maklum la 3,300murid



boss aku lagi....



penutup persembahan .....

Read more...

Isnin, 18 Mei 2009

Pra Persediaan Sem Baru - FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU




1. Definisi Fonetik

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Untuk keterangan lebih lanjut
bolehlah download di Nota Padat di paparan Blog ini...


2. Fonologi Bahasa Melayu (Malaysia)

Oleh: Misran
Sekilas Sejarah dan Dialek
Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, BM berulangkali berganti nama resmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama resmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia.
Penggunaan BM di Malaysia tidak begitu disambut secara antusias oleh warga ketika bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa Inggris yang sering digunakan, terutama di kalangan etnis Cina dan India walaupun mereka termasuk warga minoritas. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan BM melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-peraturan ini dinilai secara pesimis oleh sebagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahwa BM tidak mungkin digunakan dimahkamah (pengadilan) karena berbagai keterbatasan yang dimiliki BM.

Untuk keterangan lebih lanjut
bolehlah download di Nota Padat di paparan Blog ini...



Read more...

Sabtu, 16 Mei 2009

Bermulalah Semester Baru – Sem3 Mei 2009



aku dah ambik modul .....



Hari ni 16052009 – aku baru saja balik ambil buku modul oum untuk sem 3. Alhamdulillah, syukur kerana dapat sambung dan tambah lagi satu sem. Minggu depan 23052009 bermualah toturial pertama aku. Macam biasalah, aku kan pergi ngan member-member yang lain kat IP Teknik, Cheras.


Bagi member-member satu kohot ngan aku ni, aku telah sediakan NOTA PADAT untuk

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Boleh lah download kat ruangan nota padat OUM yang ada kat paparan blog ni.

JADUAL KELAS UNTUK SEM MEI 2009

Tutorial 1 - 23 .5.2009

Tutorial 2 - 13 . 6.2009

Tutorial 3 - 27 .6.2009

Tutorial 4 - 11.7.2009

Tutorial 5 - 25 .7.2009



Semoga kalian sukses dan dapat menghadapi tugas-tugas harian dan perjalanan hidup ni.

Good luck!

“ SELAMAT HARI GURU ”


MAKLUMAN SEMUA

Keputusan PTK 2009
akan dikeluarkan pada 18 MEI 2009 (Isnin)
bermula jam 12.01 pagi










segulung ijazah


Read more...

Jumaat, 15 Mei 2009

Kereta Pelik Minggu ni






Read more...

Khamis, 14 Mei 2009

AMALAN ISLAM YANG DILUPAKAN

Part 1

Semakin hari semakin dekat kita dengan kiamat.
Tak kiralah, kiamat kecil ke (mati) atau kiamat besar.
Makin rappppaat…

Sedangkan ummat…makin jaaaaaauuhh…

ISLAM menjadi kembali ASING seperti ia mula-mula diturunkan.

Puak yang suka ISLAM dan suka dunia akan cuba menggabungkannya
Puak yang suka ISLAM dan suka moden, akan cuba menkontemporarikannya
Puak yang suka ISLAM dan suka muzik, akan mengislamkan muziknya
Puak yang suka ISLAM dan suka duit, akan menjualnya
Puak yang suka ISLAM dan suka gaya hidup selesa sekarang, akan memudahkannya
Dan macam-macam puak lagi….

Kerana apa? Kerana ISLAM yang dibawakan oleh Rasulullah SAW sudah kembali menjadi ASING.

ISLAM kembali dianggap totok
ISLAM kembali dianggap bosan
ISLAM kembali dianggap ‘tak rock aaaa’
ISLAM kembali dianggap pelik
ISLAM kembali dianggap menggangu keselesaan
ISLAM kembali dianggap jumud
ISLAM kembali dianggap beban
ISLAm kembali dianggap menumpang dan menagih simpati orang ramai dan ummat
ISLAM kembali menjadi leceh

ISLAM kembali dianggap EKSTREM


Part 2
" orang kafir yang bijak-bijak sedang mendekati islam, sedangkan orang islam yang bodoh-bodoh sedang meninggalkan islam "

orang non islam punyalah mahu mecari keburukan dan kekurangan islam, hingga tiap ayat dalam quran dorang kaji dan teliti(hingga dorang sedar kenapa ayat surah iqra' pertama-tama sekali diturunkan) sedangkan yang sudah sedia islam sekadar megakui dengan lidah, "aku islam" tapi tak pernah menghayatinya, macam ramai yang dah minum arak tapi tak mau makan daging khinzir- sedangkan dua-dua itu haram hukumnya

Dakwah tak dijalankan bersungguh dan beramai-ramai oleh SEMUA orang yang paham. Ada yang hanya meletakkan peranan dakwah pada bahu sesetenganh golongan, padahal ada fadhu ain dan fardhu kifayah dalam agama.. Berapa jam sgt aku spend time untuk mengembangkan dan menyampaikan agama?

ada orang cakap, dakwah itu hanya fardhu kifayah..bagi aku, pengertian fardhu kifayah bagi mereka yang betul-betul menghayati Islam sebagai pegangan dan cara hidup adalah "orang lain tak payah buat, saya kena buat" bukan nya "fardhu kifayah tu orang lain dah buat, saya tak perlu la susah-susah.."

Read more...

Rabu, 13 Mei 2009

Buat Renungan Bersama...

NIK NUR MADIHAH - PELAJAR TERBAIK SPM 2008 (19 A1, A2)
Kalau nak ikutkan.. memang selalu menangis.. kadang2 tu ada juga rasa putus asa.. kena kuatkan semangat untuk melepaskan keluarga dari kesusahan.. segala pengharapan diluahkan kepada yang Maha Esa, Dia pasti mendengar.. Hadirkan hati ketika berdoa dan ikhlas…YAKIN lah.. InsyaAllah..banyakkan puasa isnin khamis..bukan untuk menahan lapar..ianya ibadah sunnat.. banyakkan juga solat malam..masa ni lah kita nak mengadu segalanya kepada Allah…

Dalam mencari rezeki..carilah rezeki yang HALAL dan HALAL…jauhi dari yang syubhah.. walau sedikit, insyaAllah ianya halal dan BERKAT..hanya rezeki yang berkat akan diberi kepada anak-anak dan ianya akan mengalir menjadi darah daging

yang berkat..

Read more...

Selasa, 12 Mei 2009

Tips Pelajar Jadi Cemerlang - versi 1

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'AKU BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik

Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab

Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati

Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pem
belajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

Sumber rujukan dan diadaptasi
http://edu.iluvislam.com
posted by: azribohari

Read more...

Isnin, 11 Mei 2009

SAJAK GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Read more...

Khamis, 7 Mei 2009

16 MEI 2009 HARI GURU


SELAMAT HARI GURU

terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
terima kasih guru muqaddam
terima kasih guru tadika
terima kasih cikgu sekolah
terima kasih pensyarah
terima kasih guru sejati

jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini

terima kasih, selamat hari guru~




Read more...

Rabu, 6 Mei 2009

IMPORTANT DATES FOR MAY SEMESTER 2009

IMPORTANT DATES FOR MAY SEMESTER 2009




 Online Registration - starting date 17 March 2009

 Online Registration - closing date 7 April 2009

 Add & Drop of Courses - starting date 17 March 2009

 Add & Drop of Courses - closing date 7 April 2009

 Application for Online Learning OL (UKR 16) 17 March 2009 -15 May
2009

 Closing date for Withdrawal of Courses 15 July 2009

 Penalty for Late Registration 25 May 2009

• Registration Day (Senior Learners) 16-17 May 2009 (subject to Learning Centre. Please refer to announcement in LMS)

• Tutorial 1 22, 23 & 24.5.2009

• Tutorial 2 12 ,13 &14. 6.2009

• Tutorial 3 26, 27 & 28.6.2009

• Tutorial 4 10 ,11& 12.7.2009

• Tutorial 5 24, 25 & 26.7.2009



Admission and Records Unit
* The above dates are subject to changes

Read more...

Selasa, 5 Mei 2009

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap Unggul senadakan suara

Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Read more...

Isnin, 4 Mei 2009

Majlis Nikah & Persandingan

Thanks Kama & The Geng, banyak bantu majlis semalam.
Gambar ni pun aku ambik kat blog karnatunk77's,
sorry aku downlond gambar ni buat paparan semua.
Hari ni aku cuti, penat sungguh, baru selesai majlis walimatul urus.
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Ucapan terima kasih tak terhingga pada semua yang telibat secara langsung or tak langsung menjayakan majlis semalam.
Kat sini aku aku paparkan gambar nikah n persandingan semalam









Merakamkan Penghargaan dan Terima Kasih

Pihak kami sekeluarga ingin Merakamkan Penghargaan dan Terima Kasih Atas Sumbangan usaha, tenaga dan masa menjayakan majlis walimatul urus tempohari.


Di atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi dari tuan/puan ini, maka pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih, mohon maaf atas segala yang terlebih atau terkurang di majlis tersebut dan Allah sahaja yang membalas jasa baik.



Sekian, terima kasih.

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP