info terkini

 

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Selasa, 7 April 2009

Bahagian B - Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA SAHAJA.

1. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan individu.
1. Pengaruh individu
2. Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya
3. Pengaruh Persekitaran
4. Pengaruh Penjagaan Kesihatan
5. Pengaruh Komuniti

(b) Huraikan faktor-faktor yang dinyatakan pada (a) di atas.
(i) Pengaruh Individu
Gaya hidup atau tabiat tingkahlaku kesihatan, baka, kesihatan mental merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok, ketagihan arak dan dadah akan mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa ke semasa.
(ii) Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya
Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan kerja, sokongan sosial dan interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan positif dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik.
(iii) Pengaruh Persekitaran
Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia.
(iv) Pengaruh Penjagaan Kesihatan
Rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala menjadikan individu sentiasa berkeadaan sihat. Perkembangan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga membantu meningkatkan taraf kesihatan.
(v) Pengaruh Komuniti
Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, pusat-pusat penjagaan membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu.

(c) Nyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan.
(i) Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan dan promosi kesihatan
(ii) Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, sambutan harihari kesihatan dan program-program khas
(iii) Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan
(iv) Pengurusan program pendidikan kesihatan melalui media massa
(v) Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan / promosi kesihatan
(vi) Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan

2. (a) Nyatakan TIGA tunjang sukatan pelajaran Kesihatan KBSR.
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
• konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan asas, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan.
• Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan ke ibubapaan.
2. Gaya Hidup Sihat
• Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
• Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.
3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
• Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
• Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

(b) Senaraikan objektif pendidikan kesihatan KBSR di sekolah.
1. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;
2. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan;
3. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman;
4. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan
5. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

(c) Guru perlu menilai pelajar bagi melihat keberkesanan pendidikan.
Huraikan secara ringkas ENAM tujuan penilaian pendidikan kesihatan.
(i) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu normal.
(ii) Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid.
Guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.
(iii) Membuat perancangan aktiviti.
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam membentuk aktiviti bimbingan dan pengayaan.
(iv) Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan.espons kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi gambaran berkenaan status penerimaan.
(v) Mempelajari keperluan setiap murid.
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar perkembangan mereka berbeza.
(vi) Menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika.

3. (a) Sebagai guru pendidikan kesihatan anda perlu mengetahui system pergerakan dan perlindungan badan. Nyatakan TIGA sistem tersebut.
(a) sistem rangka
(b) sistem otot
(c) sistem integumentari

(b) Nyatakan LIMA fungsi sistem rangka.
(i) Sokongan.
berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka.
(ii) Perlindungan.
Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh.
(iii) Pergerakan.
Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang dan menghasilkan pergerakan.
(iv) Penyimpanan Mineral.
Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.
(v) Penyimpanan sel darah dan penghasilan sel-sel.
Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis.

(c) Deria dikategorikan kepada enam jenis. Huraikan jenis-jenis deria tersebut.
(i) ‘Cutaneous’
Sensasi ‘cutaneous’ terdiri daripada sensasi ‘tactile’ (sentuhan, tekanan, getaran),
(ii) ‘Proprioceptive‘
Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik.
(iii) ‘Olfactory’
Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan di tengah ‘nasal conchae’ tulang ethmoid serta di bahagian atas ‘nasal septum’.
(iv) ‘Gustatory’
Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah, lelangit mulut dan kerongkong.
(v) ‘Visual’
Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata dan peralatan ‘lacrimal’.
(vi) Auditori dan keseimbangan
Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.

4. (a) Senaraikan LIMA jenis pencemaran.
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran kimia
4. Pencemaran radiasi
5. Pencemaran bunyi


(b) Huraikan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan pencemaran.
(i) Mengenal pasti punca sisa-sisa buangan dan mencari jalan bagi meminimakan penghasilannya.
(ii) Menggunakan sumber dan tenaga secara berkesan.
(iii) Melibatkan semua pihak dalam masyarakat termasuk penggubal dasar.
(iv) Menguasai kemahiran, pengetahuan, kreativiti dan keterbukaan minda untuk mengenal pasti peluang atau ruang untuk peningkatan dan inovasi.

(c) Perubahan cuaca menyebabkan cuaca dunia menjadi kering kontang.
Nyatakan kesan yang wujud.
(i) Pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan cuaca.
(ii) Pengurangan produktiviti tanah.
(iii) Merosakkan pelindung sayur-sayuran.
(iv) Meningkatkan banjir lumpur, mengurangkan kualiti air, mencetekkan sungai, tasik dan saliran.
(v) Menyebarkan wabak penyakit, seperti penyakit yang berkaitan dengan pernafasan, alahan, stres dan penyakit bawaan vektor.
(vi) Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.
(vii) Menambahkan jumlah penghijrahan manusia

5. (a) Nyatakan tugas utama yang perlu dimainkan oleh para professional kesihatan.
(a) merawat,
(b) menyelia,
(c) menasihat,
(d) membimbing, dan
(e) membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan kesihatan.

(b) Nyatakan sikap dan penampilan baik yang perlu ditunjukkan oleh para profesional kesihatan.
(i) bertanggungjawab
(ii) sentiasa bersikap positif
(iii) mesra
(iv) sentiasa bertenaga
(v) sedia membantu (‘ringan tulang’)
(vi) berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
(vii) sedia untuk belajar dan memperbaiki diri dan kemahiran

(c) Huraikan kandungan kod dan etika bagi ahli profesional kesihatan.
(a) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
(b) Tanggungjawab Terhadap Profesion
(c) Tanggungjawab Terhadap Majikan
(d) Tanggungjawab dalam Menyampaikan dan Melaksanakan Perkhidmatan

Read more...

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan - exam sept 2007


BAHAGIAN A

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan

1. Pendidikan kesihatan melalui tiga proses penting. Nyatakan TIGA proses penting tersebut dan huraikan SATU daripadanya.
1. Konsep asas kesihatan
Konsep dan asas kesihatan merujuk kepada apa itu kesihatan?
2. Tujuan-tujuan sebenar kesihatan
Matlamat kesihatan yang merujuk kepada pola-pola tingkahlaku kesihatan individu dan komuniti yang dikehendaki.
3. Proses pendidikan
Ianya adalah proses pemindahan ilmu, informasi dan kemahiran kesihatan melalui proses pendidikan.

2. Sebagai guru anda perlu mengetahui konsep pendidikan kesihatan KBSR. Nyatakan konsep tersebut.
‘Kesihatan pada asasnya adalah konstruk sosial. Ianya dibentuk melalui interaksi di antara manusia dengan persekitaran mereka dalam proses kehidupan seharian di mana manusia hidup, berkasih sayang, bekerja dan bermain (Kickbusch, (1997))’. Apa yang mendefinisikan kesihatan tidak hanya bergantung semata-mata kepada individu maupun faktor-faktor biologikal, malah ianya bergantung juga kepada persekitaran sosial dan budaya hidup individu tersebut. Dalam konteks ini faktor perubatan secara sendirinya tidak dapat menjelaskan mengapa dan bagaimana manusia atau individu mengidap sesuatu penyakit. Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial juga memainkan peranan yang tidak kurang penting bagi menjelaskan fenomena ini. Adalah penting bagi Pendidikan kesihatan mengambil kira faktor-faktor sosial, persekitaran dan ekonomi dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Pendidikan Kesihatan dewasa ini seharusnya mampu menggerak manusia mengubah keadaan-keadaan serta faktor factor ini.

3. Senaraikan TIGA sistem tenaga yang digunakan untuk membekalkan tenaga ke dalam tubuh dan huraikan satu daripadanya.
(a) Sistem Phosphagen – (ATP-PCr)
Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan
bagi ‘phosphocreatine‘ merupakan sebatian tenaga yang kaya dengan ‘phosphate’. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.
(b) Sistem Tenaga Asid Laktik
Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini juga dikenali sebagai system glikolitik kerana ianya melibatkan proses glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik.
(c) Sistem Tenaga Aerobik
Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks berbanding system tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu;
(i) Glikolisis
(ii) Kitaran Krebs
(iii) Rantaian pengangkutan elektron.

4. Nyatakan kesan kekurangan dan kelebihan vitamin D kepada kanak-kanak.
vitamin D
Kesan Kekurangan
pertumbuhan tulang kanak-kanak terjejas sehingga menyebabkan penyakit riket di kalangan kanak-kanak dan Osteomalcia di kalangan orang dewasa.
Kesan Kelebihan
Toksik, muntah-muntah, cirit-birit, keletihan, dahaga.
vitamin A
Kesan Kekurangan
penyakit rabun malam. dan kekurangan yang berlanjutan menyebabkan penyakit mata.
Kesan Kelebihan
Hypervitaminosis A , kulit kering dan mudah mengelupas, keguguran rambut, sakit tulang, kerosakan pada hati.
vitamin C
Kesan Kekurangan
penyakit skurvi dan mudah dijangkiti penyakit.
Kesan Kelebihan
Meningkatkan paras asid urik dalam air kencing dan menyebabkan penyakit gout.

5. Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.

Kesihatan Fizikal

KESIHATAN
KELUARGA

Kesihatan Gender Kesihatan Sosial


6. Berikan definisi makanan seimbang.
Makanan seimbang ialah sajian yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan boleh digunakan sebagai panduan bagi memilih makanan secara sihat.

7. Nyatakan DUA faedah sukan dan rekreasi dari segi fisiologi.
Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.
Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan:
• daya tahan;
• kelenturan;
• koordinasi; dan
• kekuatan.

8. Nyatakan DUA kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu.
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.

9. Berikan definisi rehat dan nyatakan jenis-jenisnya.
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.

10. Nyatakan DUA matlamat MERCY.
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)
1. Meningkatkan kesedaran dan semangat mengambil berat, kesukareaan dan kemanusiaan di kalangan ahli tanpa mengambil kira kaum, agama dan budaya.

2. Menyediakan bantuan kemanusiaan terutama sekali dalam bentuk bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing apabila diperlukan.

3. Mendidik masyarakat, termasuk para professional perubatan tentang bantuan kecemasan dan kerja-kerja bantuan yang berkaitan dengan perubatan.

Read more...

Isnin, 6 April 2009

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit?
[2 markah]
Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan ataupun secara berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan keseluruhannya, mengenalpasti dan mengesan sesuatu masalah yang telah pun disedari ataupun bagi mengenalpasti dan mengesan masalah pada peringkat awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah. Pemeriksaan fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah, pemeriksaan klinikal dan ujian-ujian. Pemeriksaan fizikal berupaya untuk memperoleh maklumat tambahan bagi membuat diagnosis ke atas masalah perubatan dan pergigian.

SOALAN 2
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
[ 2 markah]
adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
• Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan.
• Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga dengan kekurangan makanan atau kebuluran.
Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan yang dinamakan Kwashiorkor .
• Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia, metalbolisme terjejas dan perut menjadi buncit.
Fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan pengambilan berlebihan zat makanan tersebut.

SOALAN 3
Jelaskan secara ringkas maksud kesenggangan.
[2 markah]
ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini boleh juga digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.
Aktiviti kesenggangan
• Memancing ikan – aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran seseorang dan membentuk sikap tidak terburu- buru.
• Bermain bola sepak – sukan yang boleh mengeratkan hubungan pemain.
• Berenang – sukan yang boleh melegakan badan seseorang.
• Mendengar muzik yang merdu – boleh menenangkan pemikiran seseorang.
• Bermain alat muzik – ini dapat menyenangkan seseorang.
• Menyanyi – ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan perasaannya.
• Bermain catur – ini dapat melatih kecergasan pemikiran seseorang.
• Menonton televisyen – ini dapat menyeronokkan seseorang.

SOALAN 4
Nyatakan faedah atau kebaikan media massa sebagai saluran komunikasi dalam kesihatan.
[2 markah]
Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan tahap kesihatan individu dan masyarakat. Ia boleh membantu mencegah penyakit serta mempromosikan kesihatan kepada individu dan masyarakat melalui pelbagai aspek dan cara. Antara kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu adalah:
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan masyarakat.
(f) menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.
(g) mendidik individu dan masyarakat tentang bagaimana memperoleh kemudahankemudahan kesihatan.
(h) membentuk aplikasi telekesihatan.


SOALAN 5
Nyatakan salah SATU (1) misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]
Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui:
• Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu
• Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka
• Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta


BAHAGIAN B

SOALAN 1
Penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat adalah penting bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia dan penyaji makanan kantin sekolah bagi menjamin makanan yang disediakan dan disajikan kepada murid-murid sekolah tidak tercemar.
[10 markah]
Pada ‘amnya semua pengendali makanan(sesiapa saja yang menyentuh makanan untuk dimasak termasuk juga suri-suri rumah) mesti mematuhi keselamatan pengendalian makanan ini dari mengelakan bahan makanan dikontiminasi oleh bakteria-bakteria yang membahaya yang akan membawa pada gejala keracunan makanan.Keracunan makanan ini adalah mimpi buruk yang akan melanda pengusaha kafeteria atau kantin.Setiap pengusaha atau pengurus pengendalian makanan perlu mengetahui langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang peerlu diambil untuk menyediakan makanan itu bersih dan terhindar dari keracunan makanan.
1. Kaedah Pembelian Bahan Mentah atau cara penerimaan pesanan pembeliaan.
2. Kaedah Simpanan catuan Kering. Setor Kering atau Dry Store.
3. Kaedah Simpanan Catuan Makanan Basah.
4. Kaedah Mencegah Keracunan Makanan.
5. Memanaskan kembali Makanan yang telah sedia masak (Reheating cooked Food).
6. Penetapan Kepanasan Makanan (Hot Holding Foods).
7. Pencemaran Bersilang (Cross - Contimination).
8. Cara Pengawalan.
• Sejukan (Refrigerate) Bahan untuk masak sebelum penyediaan masak.
• Di larang mempersiapkan Hidangan masakan terlalu awal.
• Sediakan Hidangan yang sedikit demi sedikit.
9. Amalan yang Betul Menghidang / layani Pelangan.
10. Kebersihan Diri ( Personel Hygiene ).
11. Pakaian.


SOALAN 2
Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Manusia dapat berfungsi dan menjalankan aktiviti hariannya dengan cergas dan berkesan jika mempunyai rehat yang cukup.
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rehat. Jelaskan juga apakah yang dimaksudkan dengan rehat aktif dan rehat pasif. Berikan juga contoh-contoh aktiviti-aktiviti bagi kedua-dua jenis rehat tersebut.
[10 markah]
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.


SOALAN 3
Fizikal, sosial dan gender merupakan aspek-aspek yang saling berkait rapat bagi menentukan taraf kesihatan keluarga. Jelaskan bagaimana aspek-aspek ini saling berkait bagi menentukan taraf kesihatan keluarga.
[10 markah]
Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Kita bersama-sama menjaga kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stres dan yang penting sekali menyayangi diri sendiri.

Aspek Fizikal
Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan perempuan; perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh, serta proses fisiologi persenyawaan manusia.
Aspek Sosial
Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan remaja, kesusilaan dan kesopanan. Kesihatan keluarga di aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga.
Aspek Gender
Aspek gender adalah berkenaan dengan ekspekstasi peranan, peranan lelaki, peranan perempuan dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai kesihatan keluarga dan budaya hidup yang positif dapat diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga.

Read more...

Contoh Soalan dan Jawapan HBAE1103 Pendidikan Seni Visual


1. Matlamat PSV

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Peranan guru PSV
Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:
(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam;
(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;
(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;
(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;
(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;
(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan
(vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang.

3. Penilaian Portfolio
Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar.
Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas.
Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.
Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik.

4. Format rancangan tahunan dan mingguan PSV
(a) Rancangan Tahunan dan Semester
(i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah:
_ Kegiatan/Bidang
_ Jenis Aktiviti
_ Isi Kandungan
_ Kemahiran
_ Bahan/Alat
_ Catatan
(ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek:
_ Bidang Melukis dan Menggambar
_ Mereka dan Mencorak
_ Membentuk dan Membina
_ Mengenali Kraf Tradisional
(iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang.

Penggal ...................... Tahun ..................

Kegiatan/
Bidang Jenis
Aktiviti Isi
Kandungan Kemahiran Bahan/
Alat Catatan

(b) Rancangan Mingguan
(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.
(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:
_ Mata Pelajaran
_ Tahun
_ Kemahiran
_ Isi kandungan
_ Aktiviti
_ Alatan

Minggu ke ......................
Mata
Pelajaran Tahun Kemahiran Isi
Kandungan Aktiviti Alatan


5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSV
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan.
Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid.
Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pew ujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.
Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pew ujudan idea di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripad itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran mur id yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jaw ab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

6. Maksud aktiviti Pengayaan dan Pemulihan
Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses pengayaan dan pemulihan.
Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.
Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.
Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.
Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain, contohnya strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.

7. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikal
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.
(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

8. Proses apresiasi seni
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan (‘description’)
(b) Menganalisa (‘analysis’)
(c) Tafsiran (‘interpretation’)
(d) Penilaian (‘evaluation’)
(a) Menggambarkan
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
(b) Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.
(c) Tafsiran
(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.
(d) Penilaian
(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.



Read more...

Ahad, 5 April 2009

Soalan Ramalan HBAE1103 Pendidikan Seni Visual

ini adalah tajuk-tajuk soalan ramalan HBAE1103.
Sebagai Panduan anda

Tarikh Exam 12.4.2009(Ahad) jam 2.00 - 5.10petang
Selamat Menjawab


1. Matlamat PSV

2. Peranan guru PSV

3. Penilaian Portfolio

4. Format rancangan tahunan dan mingguan PSV

5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSV

6. Maksud aktiviti Pengayaan dan Pemulihan

7. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikal

8. Proses apresiasi seni

9. Teknik corak terancang



Read more...

Windows 7 - wallpapaer














Read more...

Sabtu, 4 April 2009

Najib angkat sumpah PM ke-6

KUALA LUMPUR 3 April 2009 - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau mengikut jejak Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976 sebelum meninggal dunia akibat leukemia.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.
Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.
Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.
Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.
Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.
Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.
Karisma kepimpinannya dalam politik mula terserlah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan pada 1976 sebelum mencatat sejarah pada tahun yang sama sebagai anggota Parlimen termuda, pada usia 22 tahun, dengan memenangi tanpa bertanding kerusi Pekan dalam satu pilihan raya kecil apabila ayahanda meninggal dunia.
Bermula dari situ, Najib secara beransur meniti kejayaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan sehingga menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. - BERNAMA

Read more...

Rabu, 1 April 2009

Contoh soalan Pengenalan Pendidikan Seni Visual Sem Januari 2007

BAHAGIAN A

ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN I
Huraikan proses yang berkaitan dengan menghasilkan gasing.
a) Proses membakal –
b) Proses simpal
[2 markah]
SOALAN 2
Nyatakan DUA (2) kepentingan kaedah pembelajaran Pendidikan Seni Visual secara lawatan atau kegiatan luar bilik darjah.
[2 markah)
SOALAN 3
Di dalam bahagian/6enutup pengajaran daq/pembelajaran Pendidikan Seni Visua terdapat kesimpulan kognatif dan kesimpulan sosial yang seharusnya dicapai oleh murid.
Nyatakan DUA (2) rumusan yang perlu dicapai dalam kesimpulan sosial.
[2 markah]
SOALAN 4
Menurut John A. Michael dalam bukunya “Art and Adolescense”, dua pendekatan apresiasi seni boleh berlaku mengikut pendekatan logik dan psikologi.
Nyatakan EMPAT (4) pendekatan secara logik.
[2markah]
SOALAN 5
Nyatakan EMPAT (4) aspek fizikal bilik darjah yang dapat membangkitkan suasana yang teraputik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual?
[2markah]

BAHAGIAN B
ARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan cialam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN I
Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Seni Visual KBSR.
a) Nyatakan EMPAT (4) penentuan tema dan subjek di dalam menghasilkan aktiviti membentuk dan membuat binaan?
[5 markah]
b) Terangkan LIMA (5) ciri yang menentukan sesuatu kecemerlangan di dalam persembahan hash kerja dan aktiviti membentuk dan membuat binaan?
[5 markah]
[Jumlah:-IO markah]
SOALAN 2
Daun mengkuang merupakan bahan asas yang digunakan untuk menghashlkan anyaman tikar. Kerja-kerja memproses daun mengkuang dan seterusnya mengayam perlu dilakukan mengikut tertib atau urutan yang betul.
a) Terangkan LIMA (5) urutan proses bagaimana daun mengkuang dibuat sehingga siap untuk dianyam.
[5 markah]
b) Huraikan LIMA (5) urutan menganyarn daun mengkuang sehingga terhasilnya tikar.
[5 markah]
[Jumlah:-IO markah]
SOALAN 3
Nyata dan huraikan LIMA (5) kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
[10 markah]

Read more...

Isnin, 30 Mac 2009

Contoh soalan Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu Sem Januari 2007

BAHAGIAN A
ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

Terdapat EMPAT (4) peringkat pemahaman membaca iaitu peringkat lateral, peringkat interpretasi, peringkat inferens, dan peringkat menilai. Anda mendapat bahawa murid anda lemah pada peringkat pembacaan lateral. Cadangkan DUA (2) aktiviti pengajaran peringkat lateral yang boleh membantu murid anda dalam memahami pembacaan mereka.
[2 markah]
SOALAN 2
Seorang murid anda masih lagi tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan tepat. Cadangkan latihan yang sesuai bagi membantu murid anda itu mengatasi masalah ini.
[2 markah]
SOALAN 3
Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang tersendiri. Huraikan dengan ringkas DUA (2) jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.
[2 markah]
SOALAN 4
Salah satu daripada tujuan penggunaan bahan sastera adalah untuk membantu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jelaskan bagaimanakah unsur bahasa yang terdapat dalam bahan sastera dapat membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid anda di sekolah?
[2 markah]
SOALAN 5
Nyatakan DUA (2) kepentingan bahan bantu mengajar.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN B
ARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1
Pengajaran dan pembelajaran membaca melibatkan tiga peringkat iaitu pertama peringkat perancangan aktiviti, kedua peringkat pemilihan, pembinaan dan penggunaaan bahan, dan akhir sekali peringkat menilai. Bagaimanakah anda melaksanakan ketiga-tiga peringkat itu berdasarkan hasil pembelajaran 5.1 iaitu membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang bertul dan memahami perkara yang dibaca?
[10 markah]
SOALAN 2
Anda telah merancang untuk mengajarkan murid menulis e-mel yang mudah seperti yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran 10.1 iaitu menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Jelaskan pelaksanaan pengajaran anda itu dengan mengambil kira ketiga-tiga peringkat pengajaran mengarang.
[10 markah]
SOALAN 3
Anda bercadang untuk mengajarkan bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda dengan menggunakan pantun yang berikut.
Bagaimanakah anda dapat mengajarkan bentuk kata yang berkenaan?
[10 markah]

Read more...

Contoh soalan Pengenalan Pendidikan Kesihatan Sem Januari 2007

ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikal
terhadap pesakit?

[2 markah]
SOALAN 2
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
[ 2 markah]
SOALAN 3
Jelaskan secara ringkas maksud kesenggangan.
[2 markah]
SOALAN 4
Nyatakan faedah atau kebaikan media massa sebagai saluran komunikasi dalam
kesihatan.
[2 markah]
SOALAN 5
Nyatakan salah SATU (1) misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN B
ARAHAN: - Terdapat TIGA (3) soalan dalam Bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1
Penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat adalah penting bagi
mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia dan penyaji makanan kantin sekolah bagi menjamin makanan yang disediakan dan disajikan kepada murid-murid sekolah tidak tercemar.
[10 markah]
SOALAN 2
Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Manusia dapat berfungsi dan menjalankan aktiviti hariannya dengan cergas dan berkesan jika mempunyai rehat yang cukup.
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rehat. Jelaskan juga apakah yang dimaksudkan dengan rehat aktif dan rehat pasif. Berikan juga contoh-contoh aktiviti-aktiviti bagi kedua-dua jenis rehat tersebut.
[10 markah]
SOALAN 3
Fizikal, sosial dan gender merupakan aspek-aspek yang saling berkait rapat bagi menentukan taraf kesihatan keluarga. Jelaskan bagaimana aspek-aspek ini saling berkait bagi menentukan taraf kesihatan keluarga.
[10 markah]

Read more...

Ahad, 29 Mac 2009

IKLAN untuk rakan-rakan GURU ku

Agak terlewat sedikit untuk aku mengiklankan kepada rakan-rakan ku yang sedang bertungkus lumus mengajar di sekolah. Tanggungjawab mengajar adalah satu kewajipan yang pasti ada pada kita. Bagi yang ingin menaiktaraf sijil or diploma yang ada, maka percayalah KPM n BPG memberi kita peluang yang terbaik menaikkan taraf professional perguruan ini. Thanks BPG n KPM. Kepada rakan-rakan yang belum memohon program Ijazah ini, mohon la... insyaAllah dengan ketekunan cikgu dan keberkatan kita sama-sama mengharungi cabaran hari yang mendatang ini.

Program Kursus Dalam Perkhidmatan 2009

Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah Ambilan Jun 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mempelawa Pagawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk memohon mengikuti Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran.

Program ini dijalankan dalam tempoh selama 14 minggu secara mode sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 15 Jun 2009 hingga 18 September 2009.
Peserta yang lulus peperiksaan program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian.

Permohonan telah dibuka pada 23 Mac 2009 melalui http://www.moe.gov.my. Maka cikgu yang berminat untuk memohon kursus ini bolehlah cepat-cepat pergi ke laman web KPM dan mendaftar secara online. Permohonan akan ditutup pada 17 April 2009

Read more...

Jumaat, 27 Mac 2009

Kereta Peronda Polis EVO 10





Read more...

Rabu, 25 Mac 2009

Nota Padat PEND. MORAL_HBML1103 – edisi imann9969

Topik 1 : Konsep Moral

Istilah-istilah
1. Istilah Moral – t/laku yang sesuai dgn tatasusila / peraturan masyarakat setempat – masyarakat sebagai penentu .
2. Akhlak – hubungan zahir dan batin membentuk perlakuan
3. Etika – set peraturan t/laku keterbatasan dalam ruang lingkup ( guru , peguam , perubatan dll ).
Konsep baik,benar dan patut
Satu sains yg m’kaji t/laku manusia s/ada baik,buruk,salah, benar dan m’kaji standard / nilai tara baik / buruk nilai itu s/ada sengaja atau x boleh dikawal.
Aliran pemikiran moral
1. Naturalis – guna akal untuk berfikir secara rasional daripada pengalaman.
2. Emotivis – t/laku mengikut emosi, sikap dan perasaan lebih subjektif kerana t/balas drp emosi dalam situasi sama adalah berlainan.
3. Intuisionis (ilham) – t/laku baik / x baik mengikut naluri.
4. Rasionalis – t/laku berdasarkan sebab munasabah (rasional ) dlm membuat keputusan.
Konsep asas nilai
1. Definisi –sesuatu yg abstrak terhadap perlakuan sesorg , dipertahankan sekiranya dikritik, konsepsi mns yg berharga dlm amalan kehidupan seharian.
2. Fungsi nilai – memberi rangsangan terhadap sesuatu situasi dan menghadkan perlakuan sesrg.
Jenis Nilai
1. Intrumental – nilai yg dikehendaki @ patut dimiliki
Sbg alat mencapai matlamat
2. Intrinsik – sbg. Sesuatu yg muktamad ( dalaman )
3. Subjektif – tidak diingini penutur( persepsi )
4. Objektif – nilai yg bebas drp keutamaan penutur ( x berubah )
5. Relatif – alat peraturan masyarakat ( selari dgn nilai )
6. Mutlak – x bergantung kpd situasi ( tetap )
Perubahan nilai dlm masyarakat
- berlakunya perubahan konsep diri spt berikut :
1. akibat perubahan maklumat
2. perubahan ideologi dan politik
3. kebosan / salah anggap
4. perubahan social, ekonomi,demografi eg. Kemerosotan sistem ekonomi
Nilai masyarakat
1. Org Melayu – system susun lapis social masy. Melayu masih sah hingga kini
2. Org dan India – mempunyai nilai kekeluargaan yg tinggi dan x menitik berat social dan moral.
Nilai agama dan kepercayaan
1. Islam – sabar , bersyukur , boleh dipercayai ( amanah )
2. Hindu – t/jawab, kasih sayang , keberanian , baik hati, mengawal fikiran, tidak tamak, kebersihan, kawal perasaan , membentuk fikiran.
3. Budha – Jalan lapan lapis – pandangan yg betul , fikiran , pertuturan, perbuatan, pekerjaan, usaha, kesedaran dan tumpuan yg betul.
4. Taosime – sesuatu tindakan bersifat s/jadi dan bukan paksaan. Masy. Harus dikawal supaya individu x bertindak mengikut kepentingan yg x berasas.
5. kristian – keadilan / kesamaan , kejujuran, membuat baik
6. sikh – kebijaksanaan , kejujuran, keadilan, kesederhanaan , keberanian , merendah diri, kepuasan diri .
7. Animisme – mereka percaya setiap kesalahan akan dibalas tuhan dgn kecelakaan.
Insan bermoral ( FPN )
1. Kandungan – memahami dan mematuhi peraturan dlm masy. Dgn berfikir.
a) peraturan masy – x perlu fikir b/mana nak buat
b) keperibadian mulia – perasaan o/lain = perasaan diri sendiri.
2. Bentuk – etika prinsip :
a) etika prinsip – keadilan & kepedulian.
b) etika situasi – unik dan berbeza.
3. dimensi –
a) Penaakulan moral – keputusan moral yg matang
b) emosi moral – mberi rangsangan utk bertindak-fikir
c) t/laku moral – mengikut peraturan moral secara konsisten
Profil insan bermoral
1. budi pekerti,t/laku mulia, berbudi bahasa
2. x angkuh, x menunjuk, x sombong
3. suka bergaul mesra, x m’asing diri
4. hormat-menghormati.
Ciri-ciri insan bermoral
1. m’hormati autoriti ( i/bapa,guru, pemimpin Negara)
2. M’lakukan sesuatu secara bebas dan rasional
3. faham perasaan org lain
4. m’punyai motivasi moral buat keputusan
5. mempunyai iltizam secara konsisten.

Peranan guru
1. memerhati s/laku pelajar
2. memberi ceramah
3. Galak murid memajukan hobi
4. Galak plj bergiat dlm kokurikulum
5. mengadakan pameran
6. mengadakan sesi kaunseling
7. m’hadiri kursus bombing plj bermasalah
8. bincang nilai s/laku dlm pembelajaran
9. beri plj tonton video aksi moral / x moral
Prinsip asas kemoralan
1. Altruisme – apa saja yg dilakukan melibatkan orang lain
2. Keadilan – kesaksamaan dan m’hormati o/lain
3. Autonomi – pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.

Topik 2 – Teori-teori etika
Teori kemoralan sosial – peraturan masy yg terdiri drp tatahukum, tatasusila/ tatatertib masyarakat menyerupai tradisi, norma, adat, nilai dan pantang larang .
1. Teori keperibadian mulia – pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yg menyenangkan. ( kaedah sikap baik )
a. keperibadian mulia intelektual – keistemewaan akal – boleh dipelajari drp guru.
b. keperibadian mulia moral – melalui latihan yg diulang akan menjadi kebiasaan.
Ciri-ciri keperibadian mulia
a. moral satu kewajiban
b. keikhlasan dan kejujuran dr. segi nilai
c. berusaha buat kebaikan, m’elak k’buruk’n
d. berpegang kpd prinsip
e. x mengharapkan balasan
f. terima dgn tenang kesusahan.

2. Teori Virtue ( kebaikan )
Perlakuan moral berasaskan kepada penyemaian berakhlak mulia dlm sifat seseorang.
Teori Teologikal
-memfokuskan kepada tindakan atau perbuatan yang memberi akibat baik dianggap bermoral dan sebaliknya .
1. Utilitarianisme – seorg melakukan tindakan yg m’hasilkan kebaikan yg paling banyak kpd setiap org.Terbahgi kpd 2 iaitu . Utilitarianisme tindak – m’laku’n tindakan maksima. . Utilitarianisme peraturan – seorg patut membentuk / mengikut peraturan yg membawa kebaikan maksima.
2. Egoisme
a. Egoisme Psikologikal – manusia bertindak demi kepentingan diri.
b. Egoisme etika – bersifat normative – individu (kepentingan diri) , personal (m’tentu apa yg harus o/lain lakukan. , universal (bertindak demi diri sendiri kecauli o/lain memenuhi kepentingannya)

Teori Deontologikal
- betul @ salah sesuatu tindakan x berdasarkan akibat tindakan itu ( Immanuel Kant )

1. Deontologikal Tindak (Eksistensialisme) – kebebasan moral bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu kebebasan jasmani , kebebasan kehendak dan kebebasan moral .
2. Deontologikal Peraturan ( Prinsip kewajipan) – sesuatu tindakan dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab moral yg diakui .
a) Kategorikal Imperatif – perintah mutlak , bertindak sebagaimana kita ingin o/lain bertindak sama.
b) Praktikal Imperatif – kemanusiaan menjadi matlamat bukan alat perlakuan manusia.
3. Kewajipan Prime Facie – kebenaran, menunaikan janji, mengakui kebaikan yg dilakukan oleh org lain terhadap kita.

TOPIK 3 – Teori Perkembangan Moral
1. Teori Perkembangan Moral Kognitif
a) Jean Piaget – 4 peringkat perkembangan intelek kanak2
i. Sensorimotor ( lahir – 1½ tahun ) – t/l mereka berasaskan kpd tabiat dan bersifat ulangan. Kanak2 mematuhi peraturan autoriti luar tanpa persoalan.
ii. Pra operasi (1½-7 thn) – ada sikap ingin tahu.mudah dipengaruhi oleh autoriti (ibubapa/ guru)
iii. Operasi konkrit (7- 11thn) –keupayaan berfikir secra logik.memahami,berkomunikasi dan bkerjasama.
iv. Operasi formal (11thbn keatas) – x terikat dgn autoriti dlm membuat pertimbangan moral, ada idea sendiri.

b. Lawrence Kohlberg – 3 tahap 6 peringkat
i. Pra konvensional
1. elak denda patuh arahan
2. setiap denda mestilah setimpal dgn apa yg
dilakukan.
ii. Konvensional
3. perlakuan yg baik dipandang sesuatu yg bernilai
4. perlakuan moral menjadi tanggunjawab.
iii. Poskonvensional
5. tindakan yg benar dirujuk kpd persetujuan masy.
6. keputusan yg dibuat berdasarkan prinsip etika.

2. Teori Pembelajaran Sosial
a) Albert Bandura – Pemb. Manusia berlaku hasil pemerhatian terhadap orang lain. 3 bentuk peniruan
i. Meniru secra langsung – lihat model samada melalui filem , tv, foto dan orang sekeliling.

2. Peniruan melalui sekatlakuan dan
taksekatlakuan – perlakuan yg ditiru mengikut situasi (sekatlakuan). Perlakuan yg dibuat mengikut keadaan jika tiada sekatan atau dendaan perlakuan diteruskan (taksekatlakuan).

3. Peniruan melalui elisitasi – Melakukan sesuatu tindakan sebagaimana orang lain melakukannya.

b) Emile Durkheim – moral untuk diri dan masyarakati. Masyarakat sebagai organisma yg menentukan tindakan moral individu.
ii. Altruisme sebagai punca organisma – setiap org berfungsi menggerakkan masyarakat.
Fungsi pendidikan menurut beliau ;
-utk meningkatkan soladiriti social-x m’langgar peraturan
-utk m’kekalkan peranan , ikut peraturan dlm sekolah
- utk m’kekalkan p’bahagian kerja/tugas.

3) Teori Pembelajaran Humanistik
Matlamatnya utk menghasilkan individu yg baik dan berguna.

Carl rogers
– guru harus meningkatkan kematangan pelajar serta keyakinan diri dgn mengenalpasti identity peribadi mereka.
- idea,bahasa dan budaya plj harus dihormati
- berkongsi pendapat pelajar utk m’hasilkan perhubungan mantap

Topik 4 Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral

1 Kepentingan
- Utk membentuk pelajar berperibadi mulia melalui pemupukan , penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia.
2. Terdapat 3 prose iaitu PendapatTradiosional (absolutis)-set peraturan moral dlm masyarakat dipatuhi oleh pelajar,
subjektivis (relativis)- bersifat arbitrari dan x sempurna , ianya berubah mengikut masa dlm masy. Yg sama.
- rasionalis –menitikberat penggunaan sebab munasabab dlm membuat keputusan moral berdasarkan situasi tertentu.

3. Tujuh pendekatan
a. Pemupukan nilai – pelajar dipupuk dgn nilai murni masy utk dijadikan amalan dgn melalui contoh teladan tokoh sejarah,lagenda, tokoh Negara, komuniti, ibubapa, guru dll . Pengukuhan perlakuan positif bagi mengelak perlakuan negative. Guru memanipulasikan keadaan yg dialami oleh murid supaya murid menerima nilai yg dikehendaki. Teknik yg sesuai simulasi, main peranan, cerita, lakonan dan permainan.
b. Pendekatan bertimbangrasa – pelajar bertindak agar tidak menyinggung perasaan orang lain / bersikap prihatin –bertimbang rasa terhadap perasaan o/lain, memahami pendapat yg berbeza dan belajar menyesuaikan diri dgn o/lain.Teknik yg sesuai simulasi, perbahasan, perbincangan, projek,temuramah dll.
c. Pendekatan rasional – Penekanan kpd proses penaakulan dan kem. Membuat analisis terhadap nilai.Pelajar dapt membina kem berfikir secara rasional. 3 bahagian
i. Tanggapan ttg maksud niali- plj mesti faham makna nilai dan fungsinya.
ii. Tanggapan tttg maksud demokrasi – setiap individu mempunyai harga diri dan peranan masing-masing.
iii. Tanggapan ttg pend. Moral dlm masy. Demokrasi – hak sesorg individu membuat sesuatu pilihan secara bebas dan berautonomi.
Teknik yg digunakan – perbahasan,pidato,forum,projek,pbincangn.

d. Pendekatan Tindakan social – Tindakan yg harus diambil pelajar jika berlakunya konflik sama ada kepentingan diri atau kepentingan orang ramai. Pelajar dilibatkan secara aktif dlm projek berorientasikan masyarakat.
e. Pendekatan Perkembangan Moral kognitif – pelajar berfikir secara rasional dan logic dalam membuat sesuatu keputusan berasaskan niali masyarakat Malaysia-Guru perlu memberi peluang dan menerima pendapat murid secara terbuka dan membimbing.
Tekinik yg sesuai – perbincangan , main peranan, simulasi,lakonan
f. Pendekatan penjelasan nilai – setiap individu berupaya menjelaskan nilai diri masing-masing berdasarkan 4 unsur ;
i. Penumpuan terhadap aspek kehidupan individu
ii. Penerimaan terhadap pandangan org lain
iii. mgalakkan sesorang membuat refleksi- ada pilihan lain
iv. Menghargai keupayaan sendiri dlm mbuat kputusan.
Teknik – bercerita, lakonan,nyanyian,main peranan,forum
g. Pendekatan analisis nilai- Isu-isu semasa dikaji secara jelas sebelum membuat keputusan. Nilai boleh dikelaskan kpd dua iaitu nilai objek dan pertimbangan nilai.
Teknik – perbincangan , perbahasan, kajian kes, forum, projek

TOPIK 5 – Pendekatan pengajaran moral yg terkini

1. Pendekatan kepedulian (Nodding-1994)
-Kesanggupan sesorg utk berkorban demi org lain
- Pendidikan sebagai medium dlm mengembang nilai kasih sayang dlm masyarakat. “sekolahku rumahku”
-a. pengajaran ttg kepedulian bukan saja mberitahu apa yg hendak mereka belajar
b. kepedulian mlibatn keinginan,motivasi dan kemahuan
c. sesorg melihat reality org lain sebagai satu kemungkinan
d. elemen utama adalah menerima org yg dikasihi
e. kepedulian yg asli boleh dijadikan pengalaman yg bermakna.
f. Impak org yg dikasihi terhadap org yg mengasihi utk mengekalkan hubungan baik.
g. kepedulian dan tindakan- mengambil berat utk melindungi.

- 4 kompenan etika kepedulian dlm pendidikan moral
a. Modeling – role model terhadap org tersayang
b. Dialog – beri peluang pelajar bertanya utk mencapai keputusan yg seimbang.
c. Praktis – mendemonstrasi sikap penyayang hasil pengalaman .
d. Kepastian – perlakuan menggalakkan sesuatu yg terbaik drp orang lain.

2. Pendekatan berasaskan kemahiran ( Narvaez 2001 )
Pendekatan berasaskan kemahiran adalah utk meningkatkan semangat kerakyatan global, pengetahuan psikologikal, falsafah moral dan morality saksama
- Ciri-ciri individu masyarakat abad ke 21 ialah
a. Menyelesaikan masalah sebagai seorg drp ahli masyarakat
b. bekerja secara kooperatif dgn orang lain.
c. memahami, menerima dan bertolenrasi terhadap berbeza budaya.
d. berfikir secara kritikal dan sistematik.
e. Menyelesaikan sesuatu konflik bukan secara keganasan
f. mengadaptasi cara hidup yg memelihara persekitaran alam
g. mhormati dan mpertahankan hak kemanusiaan
h. mengikuti kehidupan bersosial pd. Semua peringkat
i. mgunan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan berasaskan teknologi.

Ciri-ciri model CVCE Projek suara komuniti + Pend. Perwatakan
a. Ia menitikberatkan pkembangan kem. Etika drp pemb. Trait
b. Ia menggunakan pandangan konstrutivis dlm proses p&p dgn menggunbkan pengalaman berstruktur utk membantu org yg kurang mahir kpd lebih mahir.
c. Ia memberi pelajar t/jawab utk meningkat diri sendiri
d. Ia menjadi satu jenis m/p merentas kurikulum dan bukannya menjadi satu program tambahan sahaja
e. Ia menerangkan kepentingan utk mengubah keadaan sedia kala kpd konteks komuniti.

3. Pendekatan Domain ( Larry Nucci 2001 )
-Perbezaan interaksi social iaitu isu peribadi berbeza dgn isu interpersonal. Kanak-kanak mengganggap sekolah sebagai penghalang pelakuan mereka yg boleh dilakukan di rumah..
- sekolah perlu membuat beberapa peraturan bagi mengawal perilaku pelajar dlm menjalankan misi pendidikan.
-Terdapat 5 praktis pendidikan utk guru-guru
a. Pend. Moral berfokuskan kpd isu-isu keadilan, kesamaan dan keperluan manusia.
b. Program pend. Mnoral diintergrasikan dlm kurikulum
c. Perbincangan moral membantu perkembangan moral semasa pelajar menggunakan corak perbincangan transaktif.
d. Struktur misi kooperatif membantu perkembangan moral dan akademik
e. Guru-guru perlu memberi perhatian terhadap kesan buruk perlakuan tidak bermoral drp peraturan yg dilanggar atau harapan social yg tidak dipenuhi.

Topik 6 – Guru PM sebgai Agen Perubahan

1. Konsep sosialisasi - satu proses spjg hayat yg perlu dilalui oleh sesorg individu utk menjadi anggota sesuatu kelompok masy. Dgn mempelajari kebudayaan kelompok itu termasuk nilai, sikap dan peranan yg sesuai.

2. Norma sosial – Standard kelakuan yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan akan dipatuhi serta diterima umum serta disahkan undang-undang.

3. Kawalan sosial (KS) – memastikan anggotanya mematuhi norma, tradisi dan pola t/laku yg sesuai bermoral dan benar. KS positif – motivasi ppsitif sesorg individu utk mematuhinya cth beri hadiah, ganjaran dll. Ksnegatif – hukuman atau ketakutan terhadap hukuman eg. Penjara, kematian dll.

4. Peranan Keluarga (peringkat kanak-kanak)– Asuhan main peranan penting . Faktor sikap ibu bapa s/ada autokratik, demokrasi dan saiz keluarga membentuk sosialisasi individu.

5. Rakan sebaya –Meningkat remaja hingga dewasa rakan sebaya menjadi model yg ditonjolkan oleh kumpulan tertentu.

6. Sekolah – mengajar pelajar ttg nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan(Durkheim ). Konflik akan berlaku antara nilai keluarga dan sekolah eg. Merokok.

7. Komuniti – Masyarakat yg sensitif melahirkan kanak-kanak yg peka terhadap keadaan sekeliling ( Kohlberg).

8. Media massa – Peniruan melalui modeling yg simbolik drp media massa eg iklan, cerita, bahan bacaan.

9. Ciri-ciri guru berkualiti
a) Mengetahuan yg mendalam dalam sesuatu bidang pengkhususan.
b) Komitmen
c) Penambahbaik ilmu / kemahiran - dedikasi
d) Role model / idola pelajar- inspirasi
e) Mudah didekati, mesra , mampu meny. Masalah
10. Peranan Guru melahirkan generasi berkualiti.
a) Kaedah Pengajaran – menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Kaitkan m/p dgn nilai hidup.
b) Pemupukan nilai-nilai murni – disisipkan melalui semua mp dan diperkukuhkan melalui kegiatan kokurikulum.
c) Pendidikan kesusasteraan- Pengajian sastera , sejarah, dapat mengukuhkan binaan moraliti dalam diri sesorg.
d) Sistem pendidikan mentor-mantee – mempertingkatkan pengetahuan agama dikalangan remaja yg diuruskan oleh Pusat Islam dgn melantik guru agama khas.
e) Penubuhan kumpulan peningkatan kualiti TQM – menolong pelajar yg lemah, mpertingkatkan kecemerlangan pelajar, mengenalpasti punca masalah, mengenal faktor kejayaan pelajar, menerangkan projek dan strategi yg dapat membantu dan mengawasi kemajuan pelajar melalui proses pemantuan.
f) Melayan pelajar sebagai pelanggan – memenuhi kehendak pelanggan yg mahu dari kta.
g) Rakan sekerja adalah pelanggan – guru yg menerima kerja seterusnya drp sesorg guru yg lain.
h) Kerja berpasukan – menggalakkan pelajar bekerjasama agar menjadi sebati dgn jiwa pelajar.
i) Kemajuan berterusan – memahami masalah sebenar, menganalisis sebab dan punca serta mencadangkan penambahbaikan.

Pendekatan TQM memerlukan sesorg guru memahami murid dr segi perbezaan kebolehan , merancang pengajaran, dan pembelajaran aktif.

Topik 7 – Kaedah Mengajar P Moral
1. Kaedah Main Peranan – melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yg dianggap penting. Pelajar diberi peranan mengikut watak dlm situasi yg ditentukan.

Proses Main Peranan :
a) Dimulakan dgn penyampaian dilema
b) Apa yg perlu dilakukan oleh watak dalam dilema
c) Meminta pelajar maikan peranan ikut watak
d) Merancang b/mana aktiviti main peranan dilakukan
e) Pelajar lain sebagai pemerhati – menilai
f) Mberi penekanan kpd aspek perasaan
g) Perbincangan ttg akibat semasa teknik main peranan
h) Mbuat keputusan berasaskan generalisasi
i) Ulang aktiviti mlibatkan plj lain.

2. Kaedah bermain / bercerita –
Kaedah permainan mgunakan kem. Mendengar, bertutur , membaca dan menulis.
a) Mransang interaksi verbal pelajar
b) Menambah kefasihan dan keyakinan
c) Menyediakan konteks pembelajaran
d) Bertindak sebagai alat yg dapat mengikis rasa bosan
e) Sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Kaedah bercerita – membina kecekapan dan digunakan utk menyampaikan nilai-nilai moral kpd plj. Perkembangan cerita berdasarkan kpd permulaan,kemuncak dan kesudahan cerita dgn guna teknik persembahan, suara, geraklaku dan kawalan mata.
a) pilih cerita yg sesuai dgn umur,kecerdasan dan minat plj. Dan sesuai dgn isi pelajaran.
b) Kaji cerita itu dan masukkan aspek moral.
c) Hafazkan frasa dan ayat penting.
d) Latih bercerita.
e) Kekalkan hubungan baik antara guru dan murid
f) Guru bercerita @ gunakan kaset dlm keadaan selesa.
g) Bedrcerita dan menyoal berselang-seli
h) Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar dll
i) Sediakan kad perkataan , frasa yg berkait dgn aspek moral
j) Galakkan penyertaan plj disetiap peringkat.

3. Kaedah nyanyian dan lakonan – melatih pelajar mgunakan unsur bahasa, paralinguistik (nada,intonasi) dan bukan lingustik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dgn berkesan.
Lakonan boleh dilakukan secara spontan tanpa skrip dan berlakon berasaskan skrip yg disediakan.

Lakonan tanpa menggunakan skrip :
a) Plj perlu memahami cerita dan nilai yg berkaitan
b) Plj perlu setuju melakonan peranan.
c) Guru beri tunjuk ajar.
d) Perbincangan ttg nilai dalam cerita diakhir lakonan.

Lakonan mgunakan skrip
a) Plj perlu memahami kandungan skrip
b) Pelakon boleh dipilih
c) Pelakon mbaca dan mlakon skrip yg berkaitan
d) Perbincangan ttg nilai dalam cerita diakhir lakonan

Teknik nyanyian
a) Nyanyikan lagu yg berkaitan dgn nilai moral
b) Mengajar mengenai senikata lagu
c) Plj mnyanyi barisan demi barisan
d) Plj mnyanyi secara keseluruhan
e) Terangkan nilai drp lagu tersebut.

4. Perbincangan – aktiviti mengeluarkan dan mengulas ttg sesuatu tajuk bertujuan melatih plj mengeluartkan pendapat dgn bernas.
a) Guru menarik perhatian murid terhadap tajuk
b) Bahagikan kumpulan dan lantik seorg ketua
c) Setiap kump. Mendapatkan maklumat secara berbincang
d) Kajian kes- plj berbincang, beri pendapat, melapor.
e) Guru bergerak kpd semua kumpulan mengarahkan halatuju perbincangan.
f) Buat laporan – mjalankan aktiviti penulisan.
5. Kaedah lawatan dan projek.
Sebelum lawatan-
a) Pilih tempat sesuai dgn penekanan nilai
b) Sediakan panduan
c) Terangkan perkara utama dan cara menulis laporan
d) Sampel laporan : tempat , tarikh/waktu, tujuan, pemerhatian yg dibuat, nilai yg dipelajari, kebenaran ibu bapa.
Semasa Lawatan
a) Beri bimbinganb dan mengawasi pelajar
b) Disiplin dan tingkahlaku semasa lawatan.
Selepasa lawatan
a) Kumpulkan gambar dan bahan serta pamerkan dlm kelas
b) Tuliskan laporan ttg nilai yg dipelajari semasa lawatan.

6. Kaedah Tunjuk cara- sesorg pelajar ditunjukcara utk menyelesaikan sesuatu masalah yg diberi dgn pertolongan guru – merancang, melaksana dan mengumpul data bagi mhasilkan satu projek.

7. Kaedah Pameran - menggunakan proses mendengar dan melihat utk memberi penjelasan ttg bahan yg dipamerkan.

8. Kaedah Penyelesaian Masalah – mewujudakan interaksi antara guru dan murid. Guru mengemukakan soalan yg berkaitan dgn isi pj
Tujuannya :
a) Mengesan pengetahuan pelajar
b) Menggalakkan plj berfikir secara kreatif,inovatif,logik dan kritis
c) Mendorong plj menyusun dan mhurai bahan yg diajar
d) Soalan yg bermutu menajamkan pemikiran pelajar

Peranan guru
a) soalan mesti jelas dan ringkas
b) Semua pelajar diberi peluang menjawab soalan
c) Soalan perlu berkait dgn apa yg dipelajari sesuai dgn kebolehan
d) Soalan diberi mengiklut aras.

9. Kaedah Penyelesaian konflik – dikenali sbagai brainstorming – sesi perbincangan setiap ahli kumpulan memberi pendapat.
a) Topik perbincanga mesti sesuai dfgn kebolehan dan minat plj
b) Garis panduan mesti ringkas dan tepat
c) Semua idea yg diber perlu dicatat
d) Memilih pengerusi yg betul-betul layak
e) Setiap ahli diberi peluang kemukakan cadangan
f) Plj digalakkan beri idea
g) Perbincangan x formal digalakkan
h) Peruntukan masa yg mencukupi
i) Galak guna 5 W
j) Cadangan /idea tak boleh dikritik
k) Setiap ahli kumpulan mesti ada pelbagai kebolehan

10. Kaedah penyelidikan – teknik tinjau siasat – merangkumi aspek soal selidik untuk mendapat jawapan yg berorientasikan masalah bagi menimbulkan daya refleksi dikalangan plj
Penggendalian kaedah ini :
a) Proses mengenali masalah b ) mengkaji ramalan c) mengumpul maklumat d) menganalisis e) membuat rumusan.

Topik 8 – Kemahiran dalam P Moral
1. Pembelajaran aktif
a) Pembelajaran kolaboratif - menekankan proses penyiasatan dan inkuiri – ada intraksi antara plj dgn bahan , plj dgn plj , plj dgn guru.
b) Pembelajaran kooperatif –kerjasama melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar – menyiapkan tugasan yg bebas drp kekangan masa, jarak dan tempat.
i. Salin bergantung antara satu sama lain
ii. saling berintraksi secara bersemuka
iii. akauntabiliti individu
iv. kemahiran kooperatif
v. pemprosesan kumpulan.
- plj memainkan peranan aktif dlm kumpulan
- guru menyediakan bahan yg mencukupi utk perbincangan
- menerangkan kpd ahli lain dlm pasukan mereka
- menjimat masa proses p& P
- guru berperanan sebagai fasilitator.
c) Pemb./ TOC dan Kajian Masa depan.
Teory of Contraint – faktor yg menyebabkan sesuatu sistem drp mendapat keuntungan yg lebih drp apa yg hendak dicapai.
Apa yg perlu diubah, Kepada apa hendak diubah, bagaimana utk menjalankan perubahan tersebut.

Kajian Masa depan – membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat malaysia yg berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan.
- berfikir secara kritis dan kreatif
- memmbuat keputusan ttg masa depan
- mbina sikap & nilai positif ttg masa depan
- berkomunikasi ttg masa depan
- mempunyai pengetahuan ttg masa depan
- mbuat kajian & murus maklumat ttg masa depan
Konsep KMD
- ramalan dibuat ttg trend dan perubahan yg akan berlaku
- menjangka kesan atau akibat fenomena
- mgunakan sumber manusia bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan.
Kemahiran khusus KMD
- Pemahaman konsep KMD
- Pengumpulan maklumat
- Ramalan dan anlisis
- Imaginasi / kreativiti
- Strategi mengatasi cabaran
- Proses inovasi sosial – kem. Meny. Masalah
- Membina senario- bina gambaran masa depan
- Penjelasan nilai dan masa depan
- Dimensi kemapanan- mencorak dan membentuk mesa depan dunia
Cara menjalankan KMD
- Guru menrancang aktiviti
- Memilih tajuk / tema yg sesuai dgn teknik KMD
- Berbincang dgn murid
- Membimbing murid mencapai KMD dlm hasil kerja seni

2. Kemahiran berfikir – Dr. Richard Paul – satu proses intelektual yg melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis, sintaksis dan menilai informasi yg terkumpul melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan.
Menurut KPM – ada 2 kemahiran berfikir iaitu
a) KB kritis – keberkesanan sesorg dlm mgunakan minda menilai keesahan atau kebaikan sesuatu idea berdasarkan bukti dan sebab munasabab.
Contoh – membanding & membeza, mbuat kategori, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun urutan, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens.

b) KB kreatif – kebolehan menggunakan minda utk menjana idea-idea baru berdasarkan keaslian dlm phasilannya. Contohnya menjana idea yg pelbagai, mencipta metafora, analogi, dan definisi.
Ciri-ciri nya
i) Sengaja menghasilkan idea baru lain dr idea asal
ii) Mguna cara lain utk mlihat sesuatu yg sdg difikirkan.
iii) Mberi fokus kpd usaha mengubah idea yg ada.
iv) Mencari idea baru utk penyelesaian
v) Pemikiran X pernah puas hati jawapan yg diberi
vi) Idea baru boleh memeranjatkan fikiran biasa.
vii) Gemar menggunakan logik songsang
viii) Tumpuan kpd apa yg mungkin berlaku pd masa depan.

c) KB secara analitis – Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha utk melihat sesuatu itu secara terperinci. Analisis ialah proses kita mecah-belahkan masalah besar kpd bahgian kecil atau memahami situasi kompleks kepada unsur-unsurnya.

3. Pembelajaran Kontekstualisme dan kontruktivisme.
a) Pembelajaran Kontekstualisme

Definisi – Satu kaedah pemeblajaran yg menggabungkan isi kandungan dgn pengalaman harian individu, masy. Dan alam pekerjaan melibatkan aktiviti hand-on dan mind-on.
Ciri-ciri
i. M dapat memproses maklumat baru dgn cara yg bermakna dlm rangka minda.
ii. maklumat disampaikan dlm konteks pelbagai dan bermakna
iii. guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran.

b) Pembelajaran Konstruktivisme
Definisi – Pengetahuan, idea, konsep dibina secara aktif oleh individu yg berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui proses metakognitif.
Ciri-ciri
i) Penglibatan- simulasi perasaan ingin tahu
ii) Penjelajahan – guna pend. Inkuiri utk menjelajah dan menyiasat
iii) Penerangan- definisi konsep dan penyataan
iv) Penghuraian – menghubungkait sesuatu kemahiran / konsep
v)Penilaian – menilai pemahaman pelajar melalui demotrasi pemhaman dan kemahiran.

Peranan guru- Fasilitator, pembimbing, mengenalpasti masalah, berfikiran terbuka, mencabar persepsi murid, beri masa yg secukupnya, tahu melaksanakan pembelajran koperatif.

Peranan murid – sikap bertanggungjawab , memnpunyai inisiatif kemuka isu , adakan perbincangan , mencabar hipotesis yg telah dibuat, perlu mempunyai kemahiran maklumat dan penggunaan teknologi .

4. Kecekapan kecerdasan emosi
1. Definisi kecerdasan moral – satu usaha membentuk insan yg menyeluruh dr segi kognitif, afektif dan psikomotor.
2. Aktiviti pemupukan kecerdasan moral – kenalpasti peraturan di rumah, menambah jumlah hubungan dalam diri anak, memastikan anak-anak cukup tidur, memberi pujian keatas usaha anak, memisahkan rasa takut dan sangsi kanak-kanak utk mengelak perasaan takut, malu dan terhina. Tidak menggunakan kata kesat, mengenali kemampuan minda kanak-kanak, menghapuskan sindiran utk mengalak sikap terbuka.
3. Kepentingan Pemupukan kecerdasan moral –
a) Sesorg perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan bagaimana mengendalikannya.
b) Perlu bijaksana mengendalikan komunikasi dgn orang lain.
c) Berupaya memotivasi diri secara tegas dan yakin.
Bab 9 dan 10 – anda semua boleh baca modul

Read more...

Isnin, 23 Mac 2009

Nota Padat KAJIAN SOSIAL_HBSS1103 – edisi imann9969

HBSS1103 Pengenalan Kajian Sosial

TOPIK 1
: STRUKTUR KURIKULUM KAJIAN SOSIAL
PENGENALANAnda biasa dengan struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah? Kalau biasa, apa pula mata pelajaran yang terkandung dalam disiplin Kajian Sosial dalam sistem persekolahan rendah di negara kita? Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan dua mata pelajaran yang tertakluk di bawah disiplin Kajian Sosial. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar di sekolah rendah pada Tahap 2. Pengajaran kedua-dua mata pelajaran ini amat penting diketahui dan kuasai oleh guru-guru supaya pembelajaran menyeronokkan, merangsang dan aktif di samping membantu mencapai hasrat yang diinginkan dalam matlamat mata-mata pelajaran tersebut. Tajuk ini memberi pendedahan tentang matlamat, latar belakang, objektif, organisasi huraian dan isi kandungan Kajian Tempatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Semakan) (KBSR yang telah disemak semula buat kali kedua sejak tahun 2004), dan mata pelajaran baru iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Huraian Sukatan kedua-dua mata pelajaran ini diberi penjelasan untuk membantu guru supaya lebih bersedia dari segi kandungan sukatan dengan lebih mendalam. Dalam tajuk ini juga diberi penerangan tentang pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan termasuk penggunaan media elektronik yang boleh membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan latar belakang, matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganengaraan (KBSR);2. menjelaskan dan menghuraikan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4, 5 dan 6 Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganengaraan (KBSR) dengan menggunakan pengurusan grafik;3. menyusun ruang liput isi kandungan mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganengaraan Tahun 4, 5 dan (KBSR);4. mengklasifikasikan sumber-sumber yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran tajuk-tajuk dan isi kandungan Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4, 5 dan 6 serta Pendidikan Sivik dan Kewarganengaraan Tahun 4, 5 dan 6 (KBSR); dan5. memilih bahan sumber yang sesuai supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan menarik

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKTopik 1 ini bermula dengan pengenalan dan perspektif disiplin sains sosial dan mata pelajaran yang berkaitan dalam sistem persekolahan sekolah rendah negara. Latar belakang disiplin ini dihuraikan supaya guru-guru yang mengajar berada dalam keadaan yang jelas dan tidak tertanya-tanya akan bentuk bidang ini yang merentas pelbagai disiplin. Seterusnya anda akan dibawa untuk membincang skop dan pemetaan sukatan pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (KBSR) supaya anda dapat kefahaman yang jelas dan padu sebelum boleh mengajar kedua-dua mata pelajaran ini dengan baik di sekolah. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan bermakna, sumber pengajaran dan pembelajaran harus diketahui oleh anda sebagai guru. Mengapa dikatakan demikian? Ini adalah kerana sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan katalist kepada kelancaran proses pencapaian hasil pembelajaran. Jenis-jenis sumber dari pelbagai bentuk harus diketahui supaya anda lebih yakin untuk menyampai pengajaran dan pembelajaran kepada murid anda.1.1 SUKATAN PELAJARAN1.1.1 Latar Belakang dan PengenalanKursus Kajian Sosial dalam kurikulum Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian digubal untuk menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran pengajaran mata pelajaran disiplin Kajian Sosial di sekolah rendah. Sukatan pelajaran dalam kursus Kajian Sosial ini merangkumi bidang sains kemanusiaan dan sains kemasyarakatan iaitu pengintegrasian disiplin sosiologi, sejarah, ekonomi, geografi dan sains politik. Pengintergrasian disiplin-displin ini dibuat untuk mengkaji dan melihat pola interksi manusia dalam pelbagai budaya. Hal ini dilaksanakan agar pengajian secara menyeluruh tentang budaya kehidupan manusia sejagat amnya dan masyarakat Malaysia khususnya dapat dibuat. Sukatan pelajaran ini dirangka sebegitu rupa supaya dapat menyediakan guru-guru berpengetahuan luas dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan serta berketrampilan sesuai dengan kehendak pendidikan terkini. Kandungan sukatan dalam kursus ini menumpukan kepada penyediaan guru untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan dan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam sistem sekolah rendah di negara ini. Semua tajuk dalam modul kursus menjurus kepada matlamat ini. Anda sebagai guru yang akan melibatkan diri dengan pengajaran bidang kajian sosial haruslah mempunyai ilmu yang jauh lebih mendalam dari apa yang terdapat dalam kandungan kedua-dua mata pelajaran tersebut. Selaras dengan senario ini, perlulah dijelaskan dalam Modul 1 ini, latar belakang kedua-dua mata pelajaran tersebut satu persatu. Kita mulakan dengan Kajian Tempatan terlebih dahulu.Sebahagian daripada anda mungkin pernah mengajar subjek Kajian Tempatan (KT) dan sebahagian yang lain sekurang-kurangnya tahu bahawa mata pelajaran ini telah diajarkan di sekolah rendah. Cuba imbas kembali, bilakah KT mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan di negara kita? Pada pandangan anda,apakah matlamat subjek ini diperkenalkan?Pernahkah anda diperkenalkan kepada Model Konseptual Pendidikan Guru?
a. Kajian TempatanKajian Tempatan mula diperkenalkan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1994 dan diajar di sekolah rendah mulai Tahap 2 iaitu pada Tahun 4, 5 dan 6 persekolahan. Ini bermakna, lingkungan umur murid yang mengikuti mata pelajaran tersebut adalah di antara 10 tahun hingga 12 tahun. Mengapakah pada peringkat umur sebegini murid-murid telah didedahkan dengan perkara-perkara yang berkait dengan bidang sosiologi, sejarah, ekonomi, geografi dan sains politik? Bukankah mereka terlalu muda untuk dibebani dengan perkara-perkara sedemikian? Sekiranya anda mempunyai pandangan tentang persoalan ini, ambil pen dan kertas dan catatkan pandangan anda itu. Anda seharusnya tahu bahawa setiap pandangan yang anda berikan adalah hak anda.Namun, sekiranya anda tidak ada idea tentang perkara yang dibincangkan, jangan risau buat masa ini. Mungkin anda letih. Rehat sebentar, bancuh secawan kopi dan hirup kopi tersebut. Sudah segar kembali? Sambung tugas anda dengan melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan.Menurut Piaget (1969), murid dalam lingkungan umur 10 hingga 12 telah mencapai tahap untuk memahami konsep positif dan negatif. Merujuk kajian awal Piaget (1937), kanak-kanak dalam lingkungan umur ini mengalami proses kognitif yang membantu mereka memahami sesuatu konsep. Bahan maujud yang mereka lihat dan kenal boleh membantu mereka membentuk konsep tentang sesutu perkara atau benda. Sebagai contoh, murid boleh mengenali pokok, bakul, rumah atau jambatan apabila mereka melihat rupa, bentuk, warna, saiz atau kegunaannya pada mereka. Oleh kerana organisasi kandungan dan bidang pembelajaran Kajian Tempatan merangkumi bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan (iaitu berkaitan dengan manusia dan masyarakat), murid di Tahun 4, 5 dan 6 diandaikan dapat memahami dan menghayati aspek ini apabila mereka didedahkan kepada konsep Rumah Sebagai keperluan Asas (Tema 1) hingga ke konsep yang lebih luas iaitu Kejayaan dan Kebanggaan Negara (Tema 6).Merujuk teori yang dikemukakan oleh Piaget di atas, cuba fikirkan apakah matlamat subjek Kajian Tempatan. Catatkan apa yang telah anda fikir itu di dalam buku catatan anda. Maklumlah, sebagai manusia kadang kala kita terlupa apa yang telah kita dapat hari ini apabila ditanya hari esoknya.1.1.2 MatlamatSekarang kita lihat pula matlamat KajianTempatan sebagai satu mata pelajaran di sekolah.

TOPIK 2 TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALANTopik ini menghuraikan tentang teori kecerdasan pelbagai, pendekatan konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan penyelesaian masalah melalui inkuiri penemuan untuk diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Sosial. Teori kecerdasan pelbagai menghuraikan manusia mempunyai cara tertentu untuk menerima dan memahami sesuatu ilmu. Pendekatan konstruktivisme pula memandu pelajar untuk mencari penyelesaian masalah sama ada secara konteks atau pengalaman sebenar yang merangsang mereka untuk memperoleh penemuan berasaskan bukti.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan teori kecerdasan pelbagai;2. menghuraikan gaya pembelajaran murid dan cara untuk mengpalikasikanya dalam pengajaran;3. menghuraikan teori konstruktivisme dan kontekstual dan aplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran; dan4. menghuraikan pendekatan penyelesaian masalah dan inkuri penemuan dan kesesuaiannya dalam pengajaran pembelajaran.GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKDalam pengajaran, perancangan instruksional harus mengambil kira aspek kognisi dan kaitannya dengan strategi praktikal dalam pembelajaran. Ini memberi asas kepada penyusunan strategi pengajaran yang boleh melibatkan murid mengembangkan kemahiran berfikir supaya pembelajaran bermakna kepada mereka. Dengan itu kefahaman tentang teori kecerdasan pelbagai akan membantu seorang guru menguasai kemahiran mengajar dengan lebih baik. Ini adalah kerana teori ini mengandaikan setiap individu mempunyai gaya dan cara pembelajaran yang berbeza dan dalam kadar yang pelbagai pula. Pemahaman dalam pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran secara konteksual juga akan membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan latar belakang murid yang lebih spesifik. Kefahaman aspek teori dan pendekatan ini akan membantu guru untuk melaksanakan pengajaran bidang kajian sosial dengan lebih berkesan kerana bidang kajian sosial amatlah berkait rapat dengan kehidupan seharian, budaya dan masyarakat termasuk pelajar. Aspek ini boleh digunakan oleh guru sebagai asas rangsangan pembelajaran.Topik ini telah menghuraikan tentang dimensi pembelajaran, konsep Teori Kecerdasan Pelbagai, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual serta penyelesaian masalah melalui inkuiri-penemuan. Kesemua ini boleh diringkaskan sebagai:• Teori Kecerdasan Pelbagai mengaitkan bahawa seseorang itu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang boleh mempengaruhi cara ia bertindak dan berinteraksi• Pendekatan Konstruktivisme memberi penjelasan murid membina sendiri pengetahuan secara aktif dengan berpandukan pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Dalam proses tersebut, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.• Penyelesaian masalah melalui inkuiri-penemuan memberi peluang kepada murid memperolehi pengalaman melalui daya usaha mereka sendiri dan guru hanya sebagai pembimbing dalam pembelajaran.

Topik 2 Tutorial

Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.Teori IQ (berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan verbal-linguistik) pula mengandaikan bahawa potensi intelek seorang individu itu adalah tetap, ditentukan secara genetik dan boleh diukur pada peringkat usia muda serta akan menentukan potensi individu manusia. Gardner pula melihat fungsi kognitif dalam pandangan yang lebih luas, bertentangan dengan definisi kecerdasan mengikut Teori IQ.Gardner telah mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamophosis) pendidikan dalam semua peringkat pembelajaran.Rumusan Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai1. Satu set kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi dalam kehidupannya.
2. Kebolehan mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan budayanya.
3. Potensi mencari atau mencipta masalah yang membolehkan individu memperolehi pengetahuan baru.Prinsip-Prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai1. Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu2. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah3. Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya4. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik5. Kecerdasan Pelbagai boleh dikenal pasti dan dinyatakan6. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya7. Penggunaan satu daripada kecerdasan boleh digunakan untuk meningkatkan kecerdasan yang lain8. Latar belakang peribadi adalah faktor penting dalam membentuk pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan.
Penerangan Teori1. Setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan Dalam diri setiap individu, kelapan-lapan kecerdasan berfungsi bersama dalam cara yang unik. Ada yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan dan sebaliknya bagi sesetengah orang. Kebanyakan daripada kita terletak di tengah-tengah dengan kekuatan dalam beberapa jenis kecerdasan, dan kurang terbentuk dalam satu atau dua jenis kecerdasan.2. Kecerdasan boleh dibangunkan. Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.3. Kecerdasan berfungsi bersama dengan cara yang kompleks. Tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian. Kecerdasan berinteraksi dan berkait dengan satu sama lain.4. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi cerdas.Tidak terdapat satu set kelebihan seseorang mesti perolehi untuk dianggap sebagai cerdas. Ada orang yang tidak pandai menari tetapi sungguh cekap dalam membina model. Kedua-dua kecerdasan ini memerlukan kecerdasan kinestetikRasional kewujudan kecerdasan mengikut pendapat Howard Gardner:Gardner telah membuat rujukan daripada beberapa sumber untuk membuktikan wujudnya lapan jenis kecerdasan . Beliau cuba membezakan di antara kecerdasan yang mempunyai punca biologi dengan bakat atau kemahiran. Beliau mengenal pasti kriteria asas setiap kecerdasan perlu ada supaya boleh dianggapkan sebagai kecerdasan.1. Kajian kecederaan otak. Apabila seseorang mengalami kecederaan otak, satu bahagian kecerdasan akan rosak. Contohnya, apabila seseorang mengalami kecederaan di kawasan Broca, kecerdasan linguistik mungkin terjejas. Individu tersebut mungkin sukar untuk bertutur, membaca dan menulis, tetapi masih boleh mengira, menari dan menyanyi.
2. Individu luar biasa. Terdapat individu yang mempunyai tahap yang tinggi dalam sesuatu kecerdasan. Ada individu yang boleh mencongak nombor multi digit dalam kepala atau boleh memainkan gubahan muzik selepas sekali mendengarnya.(prodigy). Ada individu yang cacat mental tetapi mempunyai keupayaan yang tinggi dalam kecerdasan lain seperti muzik atau melukis. (savants).
3. Operasi Asas Setiap kecerdasan mempunyai satu set operasi asas. Contohnya dengan kecerdasan muzik, seseorang perlu boleh mendiskriminasi struktur ritma dan sensitif kepada nada.
4. Sejarah perkembangan Setiap kecerdasan mempunyai sejarah perkembangannya tersendiri.- masa timbulnya kecerdasan dalam zaman kanak-kanak, masa kemuncaknya dalam kehidupan seseorang dan masa kejatuhannya secara beransur. Kecerdasan muzik contohnya boleh memuncak pada peringkat awal tetapi kecerdasan linguistik mungkin memuncak pada peringkat lewat.5. Sejarah evolusi Setiap kecerdasan mempunyai asal-usul dalam sejarah manusia. Contohnya, bukti arkeologi menyokong kewujudan alat muzik kuno. Lukisan gua juga merupakan contoh bagi kecerdasan visual-ruang.6. Dapatan kajian psikologi Beberapa kajian psikologi membuktikan bahawa kecerdasan berfungsi secara berasingan. Contohnya, seseorang mungkin menguasai sesuatu kemahiran, seperti menyelesaikan masalah matematik, tetapi mungkin mereka tidak dapat membaca dengan baik. Begitu juga, seseorang individu mungkin mempunyai memori yang kuat untuk mengingati perkataan tetapi mungkin sukar untuk mengingati rupa seseorang.7. Dapatan psikometrik Ujian setara menyokong Teori Kecerdasan Pelbagai. Terdapat beberapa ujian setara yang menguji beberapa jenis kecerdasan. Jika seseorang dapat menyelesaian masalah yang memerlukan penaakulan abstrak, maka ini membuktikan beliau mempunyai kecerdasan logik-matematik.8. Sistem simbol. Kecerdasan boleh ditunjukkan dalam bentuk simbol. Contohnya, terdapatnya bahasa lisan dan penulisan, bahasa grafik, bahasa komputer dan sistem nota muzik.

Kaedah pembelajaran kontekstual membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajariCiri pembelajaran kontekstual :• Pelajar dapat memahami sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas yangberkait dengan real life issues.• Kaitan dapat dibuat apabila otak dapat membuat pola tertentu dengan apa yang dipelajari dan mengenepikan maklumat yang asing atau tidak berkaitan.• Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan antara:- apa yang dipelajari dan apa yang dilakukan- pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam kehidupan- pengetahuan dan aplikasi- bidang akademik dan vokasional- pelbagai disiplin ilmu- kandungan subjek dan kegunaannya

TOPIK 3 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALANMembantu kanak-kanak untuk belajar dengan yakin, dengan penuh tumpuan dan berkesan amat penting dalam persekolahan di peringkat rendah. Keadaan yang berjaya memandu murid untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran akan menjadikan mereka seronok dan terangsang untuk melibatkan diri sepenuhnya. Hal ini menunjukkan strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berpatutan harus difahami oleh guru. Tajuk ini mebincangkan konsep dan prinsip strategi, kaedah dan teknik serta menghuraikan cara amalannya dalam dan luar bilik darjah supaya pengajaran mata pelajaran bidang Kajian Sosial berlangsung dengan berkesan dan pembelajaran berlaku dengan penuh keseronokan.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menyatakan maksud strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran; dan2. menjelaskan cara aplikasi strategi, pelbagai kaedah dan teknik untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKBidang pembelajaran dalam disiplin Kajian Sosial melibatkan sosiobudaya kehidupan murid. Dengan itu sudah pasti pembelajaran lebih bermakna apabila murid sendiri melakukan aktiviti dan menyampaikan sendiri pengalaman mereka. Dalam masa yang sama guru sebagai fasilitator menjadi pemangkin kepada pembelajaran berkesan.Seterusnya apabila aktiviti pembelajaran dialami oleh murid secara langsung, dipandu oleh guru dan dibantu dengan penggunaan bahan mengajar menarik, sudah pasti hasil pembelajaran boleh dicapai secara optimum. Ini menunjukkan bahawa strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan haruslah sesuai untuk mendorong kepada pencapaian hasil pembelajaran yang diharapkan.

Topik 3 Tutorial
Maksud Pendekatan, Kaedah, Strategi dan Tekniki. PendekatanPendekatan dalam pendidikan berkait dengan cara sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses pengajaran pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajarannya dalam masa jangka panjang. Dalam memilih pendekatan kita akan memilih satu atau lebih model, prinsip dan teori pembelajaran supaya pembelajaran berlangsung dan ini memungkinkan kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah laku berlaku. Ini bermaksud untuk mencapai hasil pembelajaran jangka panjang, pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti akan digunakanii. StrategiStrategi merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Rancangan tindakan ini merangkumi kaedah dan teknik mengajar .Dengan adanya perancangan strategi, kaedah dan teknik dapat diatur secara sistematik, pengagihan masa disusun, penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian dan kawalan kelas diuruskan dengan rapi.Strategi pengajaran pembelajaran haruslah berasaskan kepada tiga unsur utama iaitu guru, murid dan bahan pengajaran pembelajaran. Sebab itulah strategi dalam pendidikan dirujuk sebagai pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan.iii. KaedahKaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah-langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambunganya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah untuk menimbulkan proses pembelajaran.iv. TeknikTeknik merupakan aktiviti - aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran. Ini dirancang dalam bentuk pelakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti akan menjadikan kelas aktif dan pembelajaran memberangsangkan.

TOPIK 4 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALANDalam tajuk ini anda akan melihat perancangan yang membantu anda melaksanakan pengajaran dan pembelajaran subjek Kajian Sosial dengan lebih tersusun dan berkesan. Pendekatan-pendekatan dan beberapa teknik juga diberi dalam topik ini supaya pengetahuan anda lebih mantap dan kemahiran anda lebih baik untuk diaplikasikan dalam pengajaran andaOBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan kepentingan perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Sosial;2. menghuraikan proses-proses dalam pengajaran;3. menyediakan persediaan mengajar mengikut keperluan pembestarian; dan4. menyusun langkah-langkah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan aktivti.GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKDalam pendidikan, pengajaran amat perlu dilaksanakan dengan baik dan berkesan supaya pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Kejayaan dimaksudkan di sini adalah segala aspek pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Untuk mencapai tahap keberkesanan ini, penting sekali seorang guru yang terlibat dalam pengajaran membuat perancangan rapi dan tersusun. Oleh itu topik ini memandu guru untuk membuat rancangan tahunan, semester dan mingguan. Untuk pengajaran harian pula pendedahan diberi dengan lebih terperinci berdasarkan format Rancangan Pengajaran Harian yang berunsurkan pembelajaran bestari. Aktiviti yang berlandaskan pembelajaran koperatif juga didedahkan untuk memberi panduan kepada guru merancang aktiviti pembelajaran yang seronok (fun in learning). Dengan itu akan dapatlah menarik tumpuan murid dalam pembelajaran secara optimum

Topik 4 Tutorial
Rancangan Tahunan Kajian Tempatan merupakan jadual pembahagian tema, topik dan skop kajian dan hasil pembelajaran serta unsur patriotisme mengikut minggu persekolahan dalam tempoh setahun. Rancangan sebegini akan memudahkan kerja anda dan membantu anda untuk menyemak perkembangan pembelajaran murid mengikut kandungan dan hasil pembelajaran yang dinginkan sepanjang tahun.Rancangan SemesterUntuk membuat rancangan semester anda haruslah berpandukan kepada rancangantahunan yang telah dibuat terlebih dahulu sebentar tadi. Ini diibaratkan jika anda ingin membuat sepasang pakaian jenis seluar dan blaus, anda membeli empat meter kain ela dan perlu memotongnya kepada dua helai khas untuk bahagian seluar dan bahagian blaus. Kemudian barulah mudah untuk anda memotong setiap bahagian itu mengikut ukuran badan anda dan fesyen yang digemari.Ini bermakna setelah anda mempunyai Rancangan Tahunan untuk setiap mata pelajaran dengan mudah anda memindahkan kepada perancangan dua semester persekolahan seperti yang lazim. Rancangan ini lebih terperinci dan menjurus kepada apa yang akan diajar pada setiap semester.

Rancangan Mingguan
Anda perlu merujuk rancangan tahunan dan rancangan semester bagi menyediakan rancangan mingguan.Rancangan mingguan diperlukan untuk memudahkan anda menyediakan rancangan harian. Rancangan mingguan dipetik daripada rancangan tahunan mengikut minggu anda mengajar. Ini digolongkan sebagai satu perancangan merangkumi semua mata pelajaran yang anda ajar untuk minggu berkenaan. Kandungannya adalah seperti tarikh, hari, mata pelajaran, kelas, tema, topik, subtopik dan hasil pembelajaran bagi setiap mata pelajaran dalam senarai tersebut
Rancangan Harian
Rancangan harian merupakan jadual rancangan pengajaran untuk semua mata pelajaran yang anda akan ajar dalam sesuatu hari pengajaran. Ia merangkumi mata pelajaran, kelas, masa, tema/topik, subtopik, tajuk, aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran harian hendaklah berdasarkan rancangan mingguan.

TOPIK 5 PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR
PENGENALAN Tajuk ini memfokuskan kepada penyediaan bahan bantuan mengajar dan seterusnya penggunaannya di dalam bilik darjah. Seseorang guru boleh menyediakan bahan tersebut dengan menggunakan peralatan yang terdapat di sekolah atau di persekitarannya atau melalui sumber internet. Bahan tersebut perlu menarik dan memudahkan guru untuk mengajar. Penggunaannya pula boleh dikongsi bersama-sama guru lain. Bahan ini akan menjadi sebahagian daripada bahan sumber di sekolah tersebut dan disimpan di pusat sumber.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan bahan sumber mengajar yang terdapat di persekitaran;2. memperoleh bahan sumber melalui berbagai cara yang mudah dan berkesan;3. menyediakan bahan bantuan mengajar dengan menggunakan pelbagai teknik; dan4. menggunakan bahan tersebut untuk mengajar di dalam bilik darjah.GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKTopik ini menjelaskan tentang bahan bantuan mengajar. Bahan bantuan mengajar merupakan satu sumber yang amat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ada banyak cara menghasilkan bahan bantuan mengajar yang baik dan menarik dan sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Guru perlu kreatif menghasilkan bahan tersebut dengan berbagai cara yang dinyatakan di dalam topik ini. Topik ini juga menjelaskan tentang penggunaan bahan tersebut supaya guru-guru dapat mencuba untuk menghasilkan bahan tersebut.

Topik 5 Tutorial
5.1 JENIS DAN CONTOH BAHAN BANTUAN MENGAJARCuba fikirkan sejenak soalan yang tertera di bawah ini. Adakah bahan bantuan mengajar penting kepada guru? Sempurnakah guru mengajar tanpa bahan bantuan mengajar?Bahan bantuan mengajar terbahagi kepada tiga:1. Bahan bercetak2. Bahan teknologi pendidikan3. Bahan berasaskan komputer5.1.1 Bahan BercetakBahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensaiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan atau pun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dibidang masing-masing. Bahan ini akan diwarisi untuk dijadikan sumber rujukan bagi generasi hari ini dan dan datang. Di antara pusat sumber atau perpustakaan yang banyak menyimpan bahan bercetak ini ialah:A. Pusat Sumber SekolahPusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran bercetak yang diurus secara sistematik. Pusat sumber ini menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan. Ini semua membantu ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.B. Perpustakaan AkademikPerpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institut-institut perguruan, politeknik, kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan swasta. Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di institusi pendidikan tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain saperti perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus dalam mengumpul dan menghasilkan bahan bercetak.C. Perpustakaan KhasPerpustakaan ini juga menyimpan bahan bercetak. Ia merupakan sebuah organisasi atau badan kerajaan yang menyediakan kemudahan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan kepentingan organisasi induk. Perpustakaan khas ini juga dikenali sebagai Pusat Sumber, Pusat Maklumat atau Pusat Rujukan.D. Perpustakaan AwamPerpustakaan awam terdapat di seluruh negara dengan tujuan untuk memastikan semua masyarakat tanpa mengira kaum, latar belakang dan peringkat umur mendapat kemudahan bahan bercetak bagi kemudahan mereka membaca dan menggunakan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir. Bahan rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik.E. Perpustakaan Negara MalaysiaPerpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai tempat penyimpanan bahan bercetak yang merupakan khazanah ilmu dalam memupuk budaya membaca dikalangan masyarakat menjelang alaf baru. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan.Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: "menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya." Juga termaktub dalam peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: "menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya". Apakah kelebihan dan kelemahan bahan bercetak di tempat yang tersebut di atas?Kelebihannya: Murah, kekal, senang dirujuk, mudah alih, dan mudah akses.Kelemahannya: Tebal, berat, tidak boleh disunting, tidak terkini kerana bahan cetak seperti buku mengambil masa untuk ditulis, disunting, dicetak dan diedar.5.1.2 Bahan Teknologi PendidikanA. Alat Pandang Dengar (Audio-visual)Bahan alat pandang dengar (audio-visual) terdiri daripada mikrofich, radio, television, dan video. Bahan ini boleh diperolehi di mana-mana. Kebanyakannya diperolehi secara individu di rumah. Sebahagian besar sekolah-sekolah memiliki bahan tersebut yang kebanyakannya disimpan di pusat-pusat sumber sekolah. Bahan ini mudah menyelenggarakannya dan mudah digunakan pada bila-bila masa. Apakah kelebihan dan kelemahan bahan ini?Kelebihannya: Murah, menarik, penggunaan pelbagai pancaindera, mudah akses, boleh berulang tayang siaran, boleh digunakan di mana-mana dan bila-bila masa.Kelemahannya pula: Tidak tahan lasak, susah menyuntingnya dan tidak terkini.B. Papan PengajaranPapan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.Terdapat beberapa jenis papan unjuran :(a) Papan Tulis (b) Papan Putih (c) Papan Magnetik (d) Papan Flip (e) Papan Pameran / Papan Kenyataan (f) Papan Flanel (g) Papan Gulung (h) Papan Slip (i) Papan ElektronikC. VISUALVisual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada lisan dan tulisan. Tujuannya untuk meningkatkan komunikasi di dalam pengajaran. Kekuatan bahan visual bergantung kepada kualiti penghasilannya. Bagi menghasilkannya perlu ada perancangan yang rapi dan panduan cara menggunakannya.Konsep dan Fungsi VisualVisual boleh didapati di dalam tiga bentuk iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripada dua kategori visual iaitu : •Visual analogik - menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut.Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya. Ketiga-tiga bentuk visual yang disebutkan boleh dilakukan secara sendirian atau dibuat secara kombinasi.Fungsi visual amat penting dalam komunikasi dan visual tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:- mudah dan jelas dibaca dan di fahami- mesej dapat di tafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan.- Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan bahan visual- Membantu memfokuskan pelajar kepada bahan dalam visual.Latihan 5.1 Kenapa bahan visual amat sesuai untuk pengajaran mata pelajaran Kajian Sosial ?5.1.3 Bahan Berasaskan KomputerBahan ini meliputi disket, cakra padat, cakra laser dan sumber internet. Bahan ini merupakan teknologi terkini yang sepatutnya dikuasai oleh semua guru. Kementerian Pelajaran hari ini telah membekalkan semua sekolah dengan peralatan komputer supaya setiap pelajar dapat menguasainya. Guru-guru pula telah dilatih dengan secukupnya supaya dapat menggunakan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Komputer dapat memudahkan penyampaian guru dengan lebih menarik dan berkesan. Bahan bantuan menganjar pula mudah diperolehi melalui internet. Komputer boleh menyimpan maklumat-maklumat yang diperolehi dari berbagai sumber untuk digunakan bila-bila masa. Apakah kelebihan dan kelemahan bahan berasaskan komputer?Kelebihannya: Amat fleksibel, mudah dikemaskinikan, penggunaan multi-media, jaringan tidak terhad, canggih dan mesra pengguna.Kelemahannya: Mahal, menimbulkan tekanan, perisian terhad, bergantung kepada bekalan eletrik, perlu mahir mengoperasikan komputer.5.2 PENYEDIAAN BAHAN BANTUAN MENGAJARPenyediaan bahan bantuan mengajar merupakan tugas guru yang amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Tanpa bahan bantuan mengajar murid akan cepat jemu dan hilang minat untuk belajar. Murid mendengar dan guru bercakap tidak sesuai lagi hari ini kerana mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan adalah 75%, deria pendengaran 13%, deria sentuh 4%, deria rasa 4% dan deria bau 4%. Guru perlu mengajar supaya murid boleh menggunakan semua derianya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.5.2.1 Kriteria Pemilihan Bahan Bantuan Mengajar(a) Perlulah selaras dengan dasar kerajaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.(b) Tidak bercanggah dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia dan diterima oleh semua kaum.(c) Mestil relevan dengan kurikulum pendidikan kebangsaan(d) Sesuai mengikut prisip pedagogi(e) Memberi maklumat terkini(f) Tidak terlalu mahal berbanding faedah yang diberi (cost effective)(g) Mudah diperolehi(h) Mudah digunakan(i) Mudah alih dan disenggara(j) Memberi pelbagai rangsangan dan mengguna pelbagai deria(k) Boleh digunakan berulangkali dan di dalam situasi yang berlainan5.2.2 Penyediaan Bahan Penyediaan bahan perlulah menggunakan kaedah tertentu dan sesuai supaya bahan yang dihasilkan dapat digunakan secara maksimum. Disamping itu ia boleh disimpan dengan selamat. Di dalam penyediaan bahan beberapa perkara yang perlu kita fikirkan:(a) Bahan bercetak saperti carta, graf sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaannya mengambil masa yang lama sedangkan bahan berkomputer boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh itu di syorkan supaya guru lebeh banyak menggunakan bahan berkomputer.(b) Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan di dalam internet. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer.(c) Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.(d) Bahan pengajaran berkomputer pula selalu terdedah kepada kerosakan cakera keras, cakera padat, disket atau diserang virus. Oleh itu bahan bercetak masih berguna dan maseh relevan pada masa kini. Dalam penyediaan bahan pula guru perlu menguasai kemahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dengan optimum supaya mencapai kesan terbaik di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selepas mengenalpasti bahan pembelajaran yang boleh digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan. Guru pula perlu mahir menggunakan bahan yang telah dikenalpasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.5.2.3 Teknik Penyediaan Bahan(a) Teknik cantuman / gabunganSeseorang guru boleh mencantumkan bahan-bahan daripada pelbagai sumber untuk menghasilkan bahan pengajaran yang amat berkesan. Contohnya seorang guru boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multi-media dan bahan internet dalam word processor atau power point atau electronic presentation untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan berkesan. Pernahkah anda menghasilkan bahan tersebut ?(b) Teknik penggunaan serentakKemahiran menggunakan pelbagai bahan secara serentak dengan optimum juga perlu ditingkatkan di kalangan guru. Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti hands-on serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimumkan proses pembelajaran. Contohnya, guru boleh mengemukakan pengajarannya dengan menggunakan bahan menarik daripada kaset audio, pita video, perisian multi-media dan menggunakan bahan cetak di dalam perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran boleh ditambah lagi dengan menggunakan bahan daripada sumber internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya murid diperlukan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan melalui classnet. Di samping itu murid boleh berbincang dan berinteraksi dengan menggunakan komputer masing-masing melalui classnet tadi.(c) Melahirkan ciptaan baruGuru perlu mengekspoitasikan semua sumber pembelajaran untuk mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dari segi novelty, daya tarikan dan keberkesanannya. Guru perlu dahulu bersikap positif dan komited untuk sentiasa berusaha demi meningkatkan lagi mutu bahan yang diciptanya. Guru juga harus peka kepada respon pelajar terhadap penggunaan bahannya dan sentiasa memperbaikinya.(d) Perkongsian melalui jaringanCiptaan guru haruslah dikongsi diantara guru dan antara sekolah dengan sekolah yang lain supaya ia boleh dinikmati bersama. Disarankan semua guru bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan melalui edunet. Dengan kepakaran masing-masing guru boleh menumpukan penghasilannya di dalam sesuatu bidang dan dikongsi bersama. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya menghasilkan bahan pengajaran sehingga peringkat antarabangsa(e) Penyelidikan dan pembangunanGuru digalakkan membuat kajian tindakan di sekolah. Kajian sebegini dapat mengesan maklum balas murid terhadap bahan pengajaran yang digunakan. Hasil kajian mengenai keberkesanan bahan akan dapat disebarkan dan bagitu juga guru-guru lain boleh meneruskan kajian tersebut dan ia akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan bahan tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.5.2.4 Sumber-Sumber Bahana. Katalog(i) Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber.(ii) Katalog digunakan bertujuaan untuk memudahkan pembaca mencari bahan/maklumat.(iii) Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku visible indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer (OPAC)(iv) Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad perkara.(v) Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat.(vi) Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang menunjukan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna membuat rujukan.b. Kamus(i) Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengan keterangan tentang perkataan dinyatakan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.(ii) Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus: Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.c. Ensiklopedia(i) Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan.(ii) Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi.(iii) Bertujuaan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.Contoh-contoh Ensiklopedia: Ensiklopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encyclopedia of Psychology.d. Kamus Biografi(i) Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adalah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latar belakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan.(ii) Jenis-jenis kamus Biografi :universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion);kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion);profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)e. Almanak / Buku Tahunan(i) Almanak adalah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali.(ii) Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja).(iii) Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan bagi negara atau bidang-bidang tertentu, untuk menunjukan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat.(iv) Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh tokoh utama dalam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan: Reader's Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.f. Direktori(i) Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan(ii) mengandungi alamat afiliasi (afiliation) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi. Contoh-contoh Direktori: The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres.g. Gazetir(i) Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat.(ii) Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak lansung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat.Contoh Gazetir: Colombia-Lippincott Gazzetter of the World.h. Bibliografi(i) Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan, dan diterang dan disusun secara sistematik.(ii) Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis.Bibliografi Umum tidak terhad kepada seorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seorang pengarang. Bibliografi Perkara pula terhad kepada satu perkara sahaja.Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah.Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.i. Indeks(i) Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukan dimanakah maklumat itu boleh didapati. Contoh indeks buku menunjukan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari.(ii) Indeks untuk bahan berkala:Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.(iii) Indeks surat khabar.(vi) Indeks Serials(v) Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain.(vi) Indeks online: CD ROMj. Buku Laporan Tahunan(i) Buku Laporan Tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri.(ii) Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa,aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya.(iii) Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan MalaysiaBuku Tahunan Perangkaan Malaysia.k. Peta / Atlas(i) Peta adalah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melalui penggunaan grafik.(ii) Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang menggunakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar,sungai, jenis-jenis tumbuhan, taburan penduduk dan sebagainya.(iii) Peta boleh didapati dalam enskopedia, laporan, buku panduan dan sebagainya.RUMUSANBahan bantuan mengajar merupakan sumber penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa bahan bantuan mengajar mungkin objektif pengajaran kurang tercapai. Oleh sebab itu penggunaan bahan bantuan mengajar adalah amat digalakkan penggunaannya. Bahan bantuan mengajar tidak akan berkesan tanpa penyediaan yang baik dan berinovatif dan berinteraktif. Banyak kriteria pemilihan bahan bantuan mengajar perlu ada supaya ia lebih berkesan dan menarik. Bahan bantuan mengajar yang baik perlu disediakan oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan serta mencapai objektifnya.GLOSARIAlat Pandang Dengar ¬ Alat yang dipakai menggunakan deria melihat dan mendengarBahan Bercetak ¬ Melibatkan semua jenis bahan yang dihasilkan melaluipercetakan.UJIAN 11. Bahan berasaskan komputer ini menjadi satu masalah kepada pelajar luar bandar; Jelaskan.UJIAN 21. Senaraikan 5 kriteria pemilihan Bahan Bantuan Mengajar?


TOPIK 6 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
PENGENALANBagi seorang guru pengajaran mikro dan makro biasa bagi mereka kerana mereka pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan anda akan mengetahui kelemahankelemahan dan kekuatan-kekuatan anda melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas anda. Disamping itu anda berpeluang menonton hasil pengajaran anda melalui rakaman yang dibuat di bilik mikro untuk anda sendiri menilai pengajaran anda dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anda. Pengajaran mikro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan maksud pengajaran mikro dan makro;2. menerapkan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro dan makro;3. membuat pengajaran mikro dan makro; dan4. membuat refleksi.GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKTopik ini menggambarkan tentang bentuk pengajaran yang sesuai dilaksanakan bagi melatih guru pelatih yang akan membuat latihan amali (praktikum) di sekolah. Ia juga dapat menjelaskan situasi sebenar pengajaran mikro dan akan membantu guru pelatih melaksanakan pengajaran makro di dalam bilik darjah. Jika diteliti ia akan banyak membantu memperbaiki kelemahan di dalam bahagian-bahagian tertentu semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui pengajaran mikro, pensyarah, rakan dan pelatih tersebut boleh memberi komen tentang pengajaran tersebut dan seterusnya guru pelatih berkenaan boleh memperbaiki dan mengisi yang “lompang”.

Topik 6 Tutorial
Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi lima belas minit. Tujuannya memberi kemahiran mengajar secara berperingkat. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari aspek skop dan organisasinya. Istilah `mikro' bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi.Pengajaran makro pula adalah merupakan latihan mengajar sepenuhnya. Pengajaran makro dijalankan semasa membuat latihan mengajar (praktikum) disekolah. Sebelum pengajaran berlaku anda perlu membuat persediaan dengan lebih terperinci

Pengajaran mikro dapat membantu guru pelatih memperbaiki kelemahan-kelemahan di dalam bahagian-bahagian tertentu semasa pengajaran. Rakan-rakannya pula yang menyaksikan pengajaran tersebut secara langsung atau melalui rakaman boleh menjadikan panduan semasa giliran mereka mengajar. Hasil daripada komen pensyarah atau rakan-rakan sekelas akan membantu guru tersebut memperbaiki kelemahan yang dilakukannya. Komponen-komponen dalam pengajaran makro pula telah memberi panduan yang terperinci dalam menyediakan guru pelatih mengajar sebelum menjalani sistuasi sebenar semasa praktikum.


TOPIK 7 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
PENGENALANTajuk ini akan memberi kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan penilaian dan pentaksiran. Di dalam topik ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis penilaian dan pentaksiran, alat-alat penilaian dan pentaksiran. Aktiviti penilaian yang dijalankan boleh mengukur sejauh mana hasil pembelajaran dapat dicapai dan dengan itu sebarang tindakanan penambahbaikan yang perlu bolehlah dirancang dan diatur seterusnya.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan maksud dan jenis-jenis penilaian;2. menjelaskan alat-alat penilaian dan pentaksirannya;3. menghasilkan pelbagai bentuk alat penilaian dan pentaksirannya; dan4. membina jadual mengikut pelbagai skala.GAMBARAN KESELURUHAN TOPIKTopik ini merangkumi tentang penyertian penilaian supaya dapat memberi gambaran keseluruhan tentang penilaian dan pentafsiran. Ia juga memuatkan tentang jenis-jenis penilaian dan alat-alat penilaian. Topik ini akan dapat membantu guru menjalankan beberapa kaedah penilaian di sekolah dan ini dapat memudahkan guru melaksanakan penilaian dengan lebih berkesan.

Topik 7 Tutorial

TOPIK 8 PROFESIONALISME GURU
PENGENALANAdakah pekerjaan perguruan layak digolongkan dalam status profesional? Apakah sifat dan kualiti yang seharusnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar guru? Apakah kriteria yang perlu ada untuk melahirkan guru berkesan? Persoalan-persoalan inilah yang akan dibincangkan untuk melihat ciri-ciri guru, sikap dan sahsiah yang sepatutnya dimiliki seorang guru dan sejauh mana komitmen dan dedikasi yang diperlukan oleh seorang yang bergelar guru. Selanjutnya, bagi melahirkan guru berkesan, guru perlu menguasai ilmu, mempunyai pengetahuan dan keupayaan dalam aspek pengurusan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di samping mempunyai kreativiti.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menyatakan ciri-ciri guru yang cemerlang;2. menerangkan sikap dan sahsiah seorang guru yang profesional;3. merumuskan kriteria guru berkesan; dan4. menghubungkait elemen pengusaaan ilmu, kemahiran dan kreativiti dengan status guru berkesan


TOPIK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN
PENGENALANSeseorang guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya. Kualiti-kualiti tersebut merupakan ciri-ciri profesionalisme keguruan. Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, usaha meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat digalakkan. Guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi di samping memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk meningkatkan kemahiran kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam topik ini, anda akan didedahkan kepentingan dan proses menjalankan penyelidikan tindakan.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menyatakan fungsi dan kepentingan penyelidikan tindakan;2. merancang dan melaksanakan penyelidikan tindakan;3. menganalisis data dan membuat pelaporan dapatan penyelidikan; dan4. membuat penilaian penyelidikan tindakan yang dijalankan dan mampu membuat penambahbaikan.

TOPIK 10 REFLEKSI
PENGENALANTopik ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membuat refleksi. Kemahiran membuat refleksi yang didedahkan bertujuan agar anda dapat menjadikannya sebagai suatu amalan dalam proses pengajaran pembelajaran, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme keguruan. Melalui amalan refleksi juga anda dapat menilai aspek-aspek yang menjadi kekuatan dan kelemahan anda sewaktu proses pengajaran pembelajaran berjalan. Adalah diharapkan anda mendapat kefahaman yang jelas dan dapat menggunakan refleksi sebagai satu kaedah untuk anda menilai keberkesanan teori dan amali sewaktu anda melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menyatakan maksud refleksi;2. menjelaskan kepentingan membuat refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran;3. berupaya membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran; dan4. menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesion keguruan.

Read more...
APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP