info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 26 November 2009

Contoh Soalan HBHE2103 - PK


BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Bincangkan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan makanan.

2. Huraikan objektif progam susu sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah.

3. Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama negara kita. Bincangkan punca pencemaran udara.

4. Terangkan EMPAT daripada enam teras utama program Bersepadu Sekolah Sihat.

5. Huraikan objektif rancangan makanan tambahan yang di perkenalkan di sekolah-sekolah.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Rancangan Kesihatan Sekolah berasaskan kepada konsep kesihatan yang menyeluruh di mana ia merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

(a) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.
(b) Sebagai pentadbir kita perlu memastikan taraf kesihatan pelajar kita. Nyatakan program kesihatan sekolah masa kini

2. Program doktor muda dan anti denggi merupakan program yang mendapat perhatian Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan bagi membangkitkan kesedaran ramai dalam menjaga kesihatan.

(a) Huraikan dengan jelas cara pemindahan penyakit denggi serta objektif program anti denggi.
(b) Huraikan apakah yang anda tahu mengenai program doktor muda.

3. Sebagai perancang dan pelaksana dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat kita perlu mengetahui bidang tugas bagi menjadikan program yang dilaksanakan lebih mantap.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.
(b) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.

4. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kesihatan sekolah.
(b) Sebagai penasihat program perkhidmatan kesihatan sekolah, anda diminta menyelaras aktiviti tahunan. Bincangkan ENAM aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah yang hendak dilaksanakan.


5. Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dewasa ini isu makanan tercemar atau keracunan makanan mengambil tempat utama dalam media massa.

(a) Huraikan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha dan pekerja premis makanan.
(b) Huraikan perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat.


BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Sebagai guru pertolongan cemas di sekolah, anda dijemput untuk memberi ceramah berkaitan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan pertolongan cemas. Sediakan nota ceramah anda.

2. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan anda, terdapat berbagai isu dan masalah dalam mencapai objektif Rancangan Kesihatan Sekolah. Bincangkan isu dan masalah tersebut serta berikan contoh yang berkaitan.

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP