info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Khamis, 26 November 2009

Contoh Soalan HBML2103 - BM

BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. (a) Huraikan definisi morfologi mengikut pandangan Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1996).

(b) Dengan memberikan DUA contoh yang sesuai setiap satu , jelaskan bagaimanakah imbuhan awalan dan akhiran boleh mengubah penggolongan kata dalam bahasa Melayu

2. Dengan memberikan contoh yang sesuai setiap satu, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif berikut:

(a) kata adjektif ukuran
(b) kata adjektif perasaan
(c) kata adjektif pancaindera
(d) kata adjektif jarak

3. Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji tentang bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Berdasarkan kenyataan ini, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Subjek dan Predikat di dalam sesebuah ayat. Keterangan anda mestilah disertakan dengan satu contoh yang sesuai.

4. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

(a) Dengan merujuk kedua-dua ragam ayat tersebut, bincangkan DUA perbezaan ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

5. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002) menjeniskan ayat majmuk gabungan kepada dua jenis, iaitu gabungan susunan fakta yang berurutan dan susunan fakta yang membawa maksud bertentangan. Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai bina ayat yang boleh menjelaskan kenyataan ini.


BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Asmah Haji Omar dan rakan-rakan (1996) menjelaskan bahawa perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna dan boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Akronim.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk dan pengelompokkannya dalam bahasa Melayu.

(c) Huraikan secara terperinci golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996).


2. Di dalam bahasa Melayu terdapat ragam dan jenis ayat.

(a) Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ragam ayat aktif tak transitif bahasa Melayu. Kenyataan anda perlulah disokong dengan contoh ayat yang gramatis.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan setiap jenis ayat yang berikut:

(i) Ayat penyata
(ii) Ayat tanya
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat seruan

3. Secara lisan semasa berbual dan menulis kita sering menggunakan pelbagai jenis ayat.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah maksud perkara berikut yang menjadi sebahagian daripada susunan dalam sesebuah ayat.

(i) Klausa
(ii) Frasa
(iii) Perkataan

(b) Dengan memberikan contoh rajah yang sesuai, jelaskan bagaimanakah kedudukan dan perkaitan antara perkataan, frasa, dan klausa di dalam ayat.

(c) Dengan memberikan dua contoh ayat yang sesuai setiap satu huraikan tentang ayat aktif dengan keterangan boleh digugurkan dan keterangan yang tidak boleh digugurkan

4. Ayat dalam bahasa Melayu boleh diperluaskan melalui pelbagai proses. Namun secara asasnya ayat Bahasa Melayu mempunyai ayat dasar dan pola yang tertentu.

(a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar dalam bahasa Melayu.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.

(c) Bina ayat tunggal yang subjeknya terdiri daripada perkara berikut:

(i) Subjek kata nama am
(ii) Subjek kata nama khas
(iii) Subjek kata kerja
(iv) Subjek kata ganti nama orang
(v) Subjek kata adjektif

5. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga dikenali sebagai ayat selapis.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan rajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk ayat berlapis kepada murid-murid tahun enam.

(b) Bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan dalam ayat majmuk.


(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen dalam ayat majmuk bahasa Melayu.


BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Proses gramatis dalam penerbitan ayat melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluaskannya dalam pelbagai cara.

(a) Jelaskan maksud ayat terbitan.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan proses transformasi yang melibatkan:
(i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
(ii) Pengguguran frasa predikat

(c) Bincangkan proses transformasi yang melibatkan perluasan ayat

2. Salah satu proses pembentukan ayat majmuk ialah melalui pancangan yang boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu ayat pancangan relatif, ayat pancangan komplemen, dan ayat pancangan keterangan.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ayat keterangan.

(b) Dengan contoh yang sesuai, hurakan LIMA jenis ayat keterangan berikut:

(i) Keterangan musabab
(ii) Keterangan akibat
(iii) Keterangan syarat
(iv) Keterangan waktu
(v) Keterangan cara

(c) Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru dan jelaskan fungsi EMPAT contoh Alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai untuk mengajarkan ayat majmuk bahasa Melayu.

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP