info terkini

 

Fotline.ws

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Rabu, 7 Oktober 2009

Soalan Tugasan HBML2103 BM - sept 2009


SOALAN TUGASAN


Berdasarkan SATU rencana akhbar dalam Berita Harian Online (ruangan Rencana dalam
Capaian terus ke seksyen) buat SATU esei panjang tentang SATU daripada tajuk berikut:

1. Analisis penggunaan ayat-ayat majmuk pancangan daripada segi jenis-jenis, struktur
binaannya dan kekerapan penggunaan jenis-jenis itu di dalam SATU rencana akhbar Berita Harian Online (ruangan Rencana dalam Capaian terus ke seksyen).
(Jumlah: 35 markah)

Panduan Pelajar:
(a) Kenal pasti dan senaraikan semua ayat majmuk pancangan dalam satu Rencana yang dipilih. (5 markah)
(b) Jeniskan ayat-ayat majmuk pancangan itu. (10 markah)
(c) Analisis struktur binaan ayat-ayat itu dari segi klausa utama dan klausa pancangan dan jenis kata hubungnya dan gunakan rajah pohon untuk menunjukkan struktur binaan itu. (15 markah)
(d) Buat perkiraan peratusan kekerapan penggunaan bagi setiap jenis ayat majmuk pancangan. (5 markah)
2. Analisis penggunaan kata nama daripada segi binaannya (tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan), penggolongan kecilnya (kata nama khas, kata nama am dan ganti nama), dan kekerapan penggunaannya bagi setiap golongan kecil itu di dalam SATU rencana akhbar Berita Harian Online (ruangan Rencana dalam Capaian terus ke seksyen).
(Jumlah: 35 markah)

Panduan Pelajar:

(a) Kenal pasti dan senaraikan semua kata nama yang terdapat dalam satu Rencana yang dipilih. (5 markah).
(b) Jeniskan kata-kata nama itu daripada segi binaannya (tunggal, terbitan (termasuk imbuhan-imbuhan yang digunakan), majmuk dan gandaan). (15 markah)
(c) Golongkan kata-kata nama itu ke dalam golongan kecilnya (kata nama khas, am, ganti nama). (10 markah)
(d) Jumlahkan semua kata nama yang dikumpulkan dan buat perkiraan dari segi peratusan kehadiran bagi setiap golongan kecil kata nama itu. (5 markah)

0 ulasan:

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI? Fotline.ws
leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Cikgu Sha'ari

video klip pilihan minggu ni

aku seorang guru

Waktu Bumi

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP